Friday, April 13, 2012

Empat Syarat Bersolek

Salam 1 Malaysia. apa khabar pembaca setia? ok.. entry aku kali ini nk cite pasal bersolek. entry ini sekadar berkongsi sahaja. Sebagai panduan, terdapat empat syarat yang digariskan oleh syariat dalam hal berkaitan menatarias wajah seorang wanita. ia adalah :

  1. Bersolek hanya untuk membahagiakan suami. haram untuk dipertonton kepada pihak umum. namun, jika suami melarang bersolek walaupun untuk dirinya, maka haram untuk isterinya bersolek.
  2. Tidak boleh mengubah keadaan semula jadi wajah, seumpama mencabut bulu kening
  3. Tidak boleh berlebihan hingga menjadikan diri tumpuan orang ramai seperti memakai gincu terlalu merah menyala
  4. Tidak boleh terjebak dengan unsur penipuan. seumpama menggunakan alat solek untuk membuat kesan shading yang menjadikan bentuk hidung kelihatan terlalu mancung, pemakaian maskara berlebihan, ataupun memakai bulu mata palsu tebal.


Hikmah Bersolek Tepat Syariat 

Di sebalik panduan bersolek tepat syariat tersebut. ada hikmah berharga untuk diri wanita itu sendiri. walaupun peraturannya nampak tegas mengongkong wanita daripada bebas mengekspresi kecantikan wajah kepada pandangan umum, ia sebenarnya melindungi driri daripada pelbagai musibah. antaranya manfaatnya adalah :

  • Sebagau ujian keimanan diri dan takwa kepada Allah SWT. sejauh manakah niat dan usaha untuk taat kepada semua suruhan dan larangan-nya.
  • Mengelakkan diri daripada terjebak dengan dosa tabarruj, iaitu cara penampilan dan kelakuan diri yang menarik perhatian orang ramai (khususnya lelaki ajnabi).
  • Menjadikan penampilan diri kelihatan sopan, terpuji dan nampak tawaduk (nampak zuhud, bersedehana, khusyuk dan tenang).
  • Memastikan diri wanita kekal kelihatan lebih segar, menawan dan nampak lebih muda.

Ringkasnya, muslimat perlu akur dengan proses kematangan usia kerana itulah reminder bagi diri bahawa hidup di dunia adalah sementara, sebelum kembali ke alam akhirat yang kekal. untuk nampak bergaya selalu tidak salah tetapi perlu berlandaskan syariat yang betul.