Sunday, October 10, 2010

Burung Layang-Layang.

Salam, ari nie aq nak  berkongsi sedikit cite tentang sepasang burung Layang-layang... Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

jom!! jom!! jom!!


Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.





Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..





Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..





Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..





Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.... (sedihnya)
Hidup menjadi sepi...






Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......???



kesian tegok burung kat atas tu.. walaupun dye binatang.. tp masih mempunyai perasaan terhadap pasangannya.. 

INGAT!! dalam diri haiwan tiada manusia, dalam diri manusia ada haiwan!

Renung2 kanlah kita bersama.ALLAH jadi kn manusia itu ada kelebihan yaitu akal fikiran,selain haiwan cuma ada otak.. tp xboley berfikir,,
daaa~~

2 comments: