Monday, August 15, 2011

YOUTH ENTREPRENEUR CHALLENGE CAMP 2011






AKTIVITI                   :YOUTH ENTREPRENEUR CHALLENGE CAMP 2011
LOKASI                    :TAMAN NEGARA TELUK BAHANG
PENYERTAAN           :TERBUKA KEPADA PELAJAR JABATAN PERDANGANGAN   
                                  (KURSUS  SPP/DPM/DBS)
BAYARAN                 :RM 30 SEORANG
HUBUNGI                  :ZUL      ( O17-5190432)
                                  HAFEZ  ( 013-3421987)  
                                 :SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN

AKTIVITI: 

-          Ekspedisi  Taman Negara Pulau Pinang
-          Kem Jati Diri – Kerachut Challenge
-          Youth Entrepreneur Fun Game
-          Jungle Trekking/ Night Trekking
-          Eksplorasi Alam di Pantai Kerachut
-          Island Hopping
-          Bengkel Canting Batik
-          Kraftangan Siput
-          Melawat Jeti Teluk Bahang
-          Melawat Perusahaan Herba
-          Melawat Pusat Konserversi Penyu

p/s: Tempat adalah terhad, sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor di atas (sms pun boleh!)

Just Relax

Salam Ramadhan buat sume pembaca.. ptg2  panas mcm ni mesti bosan kan.. apa kata kita bace sikit komik lawak ni.. sekurang2nya leh la wat hilang bosan... jom!!!!


GODAAN SYAITAN !


KISAH UBAT


thats all.. daaa~

Friday, August 12, 2011

Berbuka Puasa

 Kenangan berbuka puasa bersama Ana, Aen, Fiza n Ai yun =)
di Mcd Jasco..







Wednesday, August 10, 2011

"Jom tambahkan FOLLOWER!"

Salam sejahtera kepada pengunjung sekalian, 
entri kali ini adalah bertujuan untuk menambahkan follower yang sedia ada.


hai follower2 sume... selamat berkenalan =) 
tq tuan blog coz segment cmni..
jom follow!

Kongsi ilmu sedekah terbaik


Manfaat pengetahuan jamin kecemerlangan organisasi

APABILA menyebut mengenai ilmu, saya ingin berkongsi kata-kata hikmah Imam al-Ghazali dalam nasihat al-Muluk. Beliau mengatakan, manusia ada empat kategori.

Pertama, seorang berpengetahuan dan tahu apa yang dia tahu. Dialah orang berilmu.

Kedua, orang berpengetahuan, tetapi dia tidak tahu apa yang dia tahu. Dialah pelupa. Hendaklah kamu mengingatkannya. 

Ketiga, orang tidak berpengetahuan dan sedar dia tidak tahu. Dia memerlukan tunjuk ajar. Hendaklah kamu mengajarnya.

Keempat, orang tidak berpengetahuan tetapi tidak tahu apa dia tidak tahu. Dialah orang yang bodoh. Hendaklah kamu memberikannya ilmu pengetahuan. Sudah tentu kita tidak mahu berada dalam kategori manusia terakhir.
Tetapi apabila direnungi, sejauh mana semangat kita menerokai dan berkongsi ilmu dalam persekitaran? Mungkin kita terfikir sejenak dan terbayang kesibukan setiap hari menguruskan rumah tangga, keluarga, kerja dan masyarakat.

Ini antara alasan sering disebut-sebut. Sedangkan apabila kita membaca kisah sahabat dan tabiin yang sanggup mengembara jauh dari Madinah ke Damsyik, semata-mata mencari ilmu, kita patut rasa malu pada diri sendiri dan kagum dengan mereka.

Mereka bermusafir hanya untuk mempelajari satu hadis daripada sahabat yang mendengar sendiri daripada Baginda Rasulullah SAW. Mereka memiliki semangat dan kecintaan tinggi terhadap ilmu.
Hebatnya semangat mereka menjunjung ilmu walaupun terpaksa menempuh kepayahan sehingga melahirkan tamadun Islam yang gemilang. Semangat mereka itu patut kita jadikan iktibar selepas Allah dan Rasul-Nya membentangkan segala kelebihan ilmu kepada kita.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa Allah inginkan kebaikan kepadanya, maka Dia akan memberikan kepadanya pemahaman mendalam dalam urusan agama.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini membuktikan kebaikan tidak akan terhasil tanpa pemahaman ilmu membawa kepada kebaikan iaitu ilmu agama itu sendiri. Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk.

Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan.
Kepentingan ilmu termaktub dalam wahyu Allah, surah al-Alaq. Ibn Kathir dalam tafsirnya menerangkan ayat itu menunjukkan rahmat dan nikmat pertama Allah kepada hamba-Nya iaitu memerintahkan mereka mempelajari ilmu pengetahuan serta mengajarkan apa yang tidak diketahui.

Hal ini terlebih dulu dilakukan dengan mengurniakan serta memuliakan kita dengan akal. Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah mengatakan, umat Islam mendapat kedudukan mulia dan tinggi dalam dunia apabila mereka mempunyai ilmu pengetahuan.

Oleh itu, antara usaha Rasulullah SAW ialah meminta tawanan musyrikin dalam Perang Badar mengajar umat Islam membaca sebagai syarat tebusan.
Selaras tumpuan pembangunan masyarakat berteraskan pengetahuan yang diistilahkan sebagai K-Society, dalam alam pekerjaan ia perlu terus diberikan penekanan tinggi. Penguasaan ilmu secara langsung melalui kelayakan akademik semata-mata belum mencukupi menjamin kecemerlangan.

Sebaliknya, mereka yang kurang baik pencapaian akademik juga boleh mencapai kecemerlangan dalam kerjaya jika terus meningkatkan pengetahuan melalui pembelajaran berterusan sebagai usaha pembangunan kendiri.
Begitu juga bagi yang berada pada tahap tinggi dalam perjawatan, perkongsian bijak perlu digalakkan dalam organisasi supaya pengetahuan mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Ilmu pengetahuan itu bermanfaat apabila diamal dan dikongsi dengan orang lain.
Ia menjadi sedekah paling baik.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Pembudayaan ilmu adalah warisan Rasulullah SAW yang tidak ternilai. Justeru, pelihara warisan ini serta marilah kita menyemarakkan budaya penerokaan ilmu dalam persekitaran kerja untuk manfaat diri dan organisasi.

Tuesday, August 9, 2011

Nota Bab 2 (Perancangan Sumber Manusia)

Salam.. ni nota untuk kuiz esok.. Bab 2 perancangan sumber manusia.. good luck sok kwn2.. cayokk..cayokk!!! DPM5B




p/s : sape2 yg nk nota ni leh copy =) & klu x clear leh attach by e-mail sila tggalkan alamat email di ruang coment.. tq..

Wednesday, August 3, 2011

Lelaki April

Salam Ramadhan.. bulan yg mulia ini suha nk ucap selamat menjalani ibadah puase wat ssemua yg bace, sebelum suha mulakan entry bru.. cerita kali ini mengenai lelaki yang lahir pd bulan April.. mcm mane dye melalui alam percintaan.. ini sekadar untuk pembacaan saja.. xde sangkut paut dgn sesiapa.. =)

lelaki April amat sukar jatuh cinta. sudahlah begitu, mereka juga selalu memendam perasaan kerana merasai sukar dan malu untuk meluahkan isi hati. jika bercinta, mereka sentiasa ingin diberi perhatian dan amat cemburu dalam perhubungan. ini kerana mereka memiliki kesetiaan yang amat tenguh terhadap pasangan. hati-hati, mereka ini agak emosional, cepat terusik dan mudah terluka. Bagaimanapun mereka pandai menjaga hati pasangan dan pandai memujuk selain romantik. mereka sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.