Sunday, October 23, 2011

Sejarah Terciptanya Rokok!!!

Salam 1 Malaysia.. entry kali ni nk bagi pesanan dan peringatan kepada kawan2 yang merokok.. supaya kamu semua pikir dengan baik untuk masa depan kamu semua.. jom kita selami dulu sejarah terciptanya rokok.. 

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) :


Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka.


Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya :
  


Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.



Nabi bersabda lagi :


Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji.

Wednesday, October 19, 2011

Patung Gergasi


Fuyoh ! Salam 1 Malaysia.. selalu kita tgok patung kecik-kecik je kan.. tapi entry kali ni nk bagi korang tgok patung gergasi pulak.. best nye klu dapat bergambar ngan patung ni.. besar giler!!.. seksi plak tu.. hahaha.. taniah la pada yang buat patung ni very owesome!!











amacam?? cantik kan.. x bekedip mata tgok.. hahaha.. k la.. finish entry daa~

Monday, October 17, 2011

Suami Biar Kekasih Isteri Bogel Kesejukan


Salam 1 Malaysia.. tajuk entry sangat menarikkan.. " Suami biar kekasih isteri bogel kesejukan" benda ni belaku kat china.. Laporan sebuah Berita.. jom bace berita tersebut..




* SUN MENG berdiri di atas alat pemampat pendingin hawa setelah dikejar suami kekasihnya di Chengdu, China baru-baru ini.

SEORANG lelaki China, Sun Meng, 25, yang ditangkap sedang bermadu asmara bersama kekasihnya bertindak melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dikejar suami wanita tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun langkah Sun Meng tidak panjang kerana dia hanya mampu berdiri di atas sebuah unit pemampat luar pendingin udara di Chengdu, 2,064 kilometer dari Beijing.

Drama itu mula mendapat perhatian ramai setelah si suami yang geram mengutuk perbuatan Sun Meng malah ada jiran bertindak merakam gambar suspek dalam keadaan bogel serta menggigil.

Foto bogel Sun Meng kemudian dihantar untuk siaran sebuah laman web komuniti tempatan. Kata Sun Meng, ramai jiran mentertawakan dirinya apabila melihat dia berbogel tetapi katanya, tidak ramai mengetahui suasana di luar pada waktu itu amat sejuk. - Agensi



Sumber :http://www.relevansokmo.com

Sunday, October 16, 2011

Burung-Burung Angry Bird Real Punya

Salam 1 Malaysia dan selamat berhujung minggu.. Entry kali pasal Burung Angry Bird...Mesti ramai di luar sana yang berminat dengan Angry Birds bukan?? Rupa-rupanya, memang karakter burung-burung ini wujud di dunia nyata. Mungkin juga burung-burung ini menjadi inspirasi dalam pembuatan permainan game yang popular ini...


 haa.. macam mana?? penah  korang nampaak burung-burung ni sume?? ni la burung angry bird yang real2 sebenarnya.. same x?? cute kan.. ok sampai sini saja entry kali ini.. Sumber entry dari : http://billyinfo.blogspot.com/

Saturday, October 15, 2011

Ukiran Menarik Daripada Buah-buahan


Salam 1 Malaysia.. untuk menghasilkan ukiran yang menarik sebenarnya sangat susah.. tetapi sekiranya semangat dan usaha yang tinggi mesti sesuatu pekara itu akan menjadi.. ok entry kali ni nk kongsi pasal ukiran daripada buah-buahan.. Dengan slogan "For those who value precision" sebuah syarikat dari Jerman WMF memperomosikan pisau keluaran mereka. Tengok betapa tajamnya pisau tu, siap boleh ukir-ukir patung kat buah lagi.









Friday, October 14, 2011

Rahsia wudhu untuk kesihatan


Salam 1 Malaysia..berjumpa lagi di hari jumaat.. Labels : "Renungan Bersama".. saya ingin berkongsi serba sedikit dengan anda tentang rahsia wudhu untuk kesihatan.. seperti yang kita tahu syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu'.


Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu' yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu' yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu'. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu' yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu'. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu' terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu'. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem saraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari'atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu'(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu'!!Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari...Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan...apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. 

Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu' kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Wednesday, October 12, 2011

Rahsia Tulisan Tangan


Salam 1 Malaysia.. sebelum ni kite salalu tgok seseoarang tu dari segi luaran n personaliti je kan.. Ok entry kali ni nak koangsi sikit ngan korang semua bagaimana atau macam mane nak membaca, mempelajari, dan menganalisis tulisan tangan seseorang , memang ada ilmunya sendiri, atau lebih dikenali dengan grafologi (graphology)... menarik kan.. dari tulisan tangan je kita dapat tau orang tu berperangai macam mana.. So jom nilai tulisan masing2..  



TULISAN BERUBAH UBAH


Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.



KECONDONGAN TULISAN

• TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

• CONDONG KE KANAN
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

• CONDONG KE KIRI
Wah! Rupanya dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!





BENTUK TULISAN

• LEBAR
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

• TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

• TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.

• TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

• BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.

• BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!



JARAK TULISAN

• TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia 
sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan 
apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada 
orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

• TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.



RUANGAN DI TEPI

Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:

• RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna 
dia seorang yang berfikiran optimistik.

• RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

• RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan 
yang sewajarnya.

• PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas 
yang boleh dikongsi bersamanya.



KERAPATAN


i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut



PADA HURUF J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri



PADA PALANG HURUF KECIL T (T)

i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


BAGAIMANA DENGAN ANDA????????


Monday, October 10, 2011

"SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER"

Salam buat pembace semua.. ni ade segment baru.. jom joint nk.. segmen jom tukar dan kenal rakan blogger..


Misi :

nak jadikan segmen macam ni sebagai platform untuk blogger untuk kenal antara satu sama lain tak kiralah sama ada blogger baru atau blogger lama...secara tak langsung juga, segmen macam ni dapat memperkenalkan blog korang kepada rakan blogger yang belum mengenali blog korang sekaligus dapat menambah rakan blogger dan pembaca blog korang... Ada yang berminat nak join? 



klik banner ni.. dan joint..

Koleksi Beg Tangan Pelik dan Kreatif

Salam 1 Malaysia.. Anda suka bergaya lain dari yang lain??
Atau nak rase kelainan untuk bergaya atau buat hantaran perkahwinan/pertunangan??
Bagaimana?? Mari saksikan senarai ringkas antara beg tangan yang agak pelik desing nya...
Kesemua gambar adalah ehsan dari Google..


14 Tas Tangan pelik

























Bagaimana?? bestkan.. so korang leh dapatkannya dimana2.. 
siyes kalu pakai beg macam ni memang nmpak gorgeous!!!
 sampai sini saja entry buat kali ini dalam labels Dunia Pelik.. jumpa di enrty yg lain.. 
daa~

Friday, October 7, 2011

Kejamnya seorang anak


Salam jumaat yg penuh diberkati.. entry kali ni nak cerita pasal kekejaman seorang anak kepada seorang bapa..  adakah anda sanggup memperlakukan bapa anda seperti cerita dibawah ni?? munasabah diri semula.. untuk mengetahui cerita lebh lanjut.. jom baca cerita ni..

Saya menerima satu email yang menceritakan perihal seorang anak yang meninggalkan ayahnya keseorangan di rumah. Ditakdirkan tidak lama selepas itu ayahnya mati seorang diri di rumahnya. Sungguhpun kita tidak dapat memperakui kebenaran email tersebut bukanlah satu perkara yang ingin dibincangkan di sini. Saya sebenarnya lebih berminat untuk sama-sama kita mengambil iktibar bila melihat gambar ini.



Usah bayangkan gambar ini orang lain. Bayangkan itulah diri kita selepas berada di dalam kubur kelak. Bahkan lebih teruk lagi sebenarnya. Tidak kira siapa kita. Apakah pangkat yang ada pada kita, samada kita adalah pemimpin negara yang mempunyai pelbagai gelaran serta mempunyai harta benda banyak sehingga tak habis makan sampai ke anak cucu atau hanyalah orang biasa yang tak mempunyai apa-apa, akhirnya.. beginilah rupa kita semua kelak. Menjadi sajian ulat-ulat, kala jengking...



Jadi apa yang ada? Tak ada apa.. kecuali segala amalan kita sahaja yang kita bawa bersama. Tapi selagi bernama manusia, hanya segelintir yang mampu mengambil iktibar. Bila mendengar ada berita kematian selalunya mereka akan berkata..'Oh.. si polan sudah mati rupanya..' Mereka lupa bahawa mereka juga bakal menerima nasib yang sama entah seketika nanti, esok, lusa atau bila-bila masa sahaja. Mereka masih lagi mampu bersembang pasal perniagaan ketika menziarah orang mati. Lebih teruk lagi masih boleh bergelak ketawa..



Munasabahlah bila nabi mengatakan bahawa orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingatkan mati. Kerana jelas, bila ingatkan mati manusia akan menjadi lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan budi bicara. Kalau nak buat sesuatu yang tak betul lantas hati kecil akan berkata..'Ni kalau aku buat, ditakdirkan aku mati sesaat selepas aku buat perkara tersebut dan tak sempat bertaubat..macamana?'Jadi selamatlah diri dari nak melakukan perkara yang bukan-bukan..



Jadi marilah kita sama-sama bermuahasah diri, renungkan kembali apa tujuan Allah jadikan kita di bumi ini. Adakah semata-mata untuk bangun tidur, makan, berkahwin, beranak pinak, berkerja, bermain... itu saja? atau untuk mengabdikan diri kepadaNya, pencipta kita yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang saban hari tak putus-putus memberi rezeki kepada kita dan sekelian makhluknya tanpa mengira Islam atau kafir, binatang atau tumbuhan... yang memberikan nikmat kesihatan kepada kita, yang membolehkan kita ke sana ke mari, yang memberi kita pertuturan kerana ada juga orang yang dikurniakan mulut dan lidah tapi tak mampu bercakap, yang memberi nikmat penglihatan kerana ada juga yang mempunyai mata yang pada zahirnya celik tapi tak mampu melihat dan bermacam-macam nikmat yang selama ini tidak kita sedari dan hargai melainkan bila Allah mencabut nikmat tersebut....



Sudah banyak perkara yang sia-sia kita lakukan. Saban waktu selama puluhan tahun. Cukuplah.. masa sekarang berlalu begitu pantas. Sedar-sedar kita sudah berada pada umur kita sekarang. Lihatlah sekeliling sudah berapa ramai saudara-mara, kawan-kawan yang telah pergi mendahului kita. Fikir-fikirkanlah dan buatlah perubahan pada hari ini juga. Masa kita sebenarnya sudah sangat suntuk.


p/s :'Ni kalau aku buat, ditakdirkan aku mati sesaat selepas aku buat perkara tersebut dan tak sempat bertaubat..macamana?'

Monday, October 3, 2011

Gadis Hot jadi ....

Credit to : http://faceberuk.blogspot.

Salam 1 Malaysia.. entry kali ni nk tunjuk gambar artis yang cun melecun di touch up menjadi terlebih cun.. Make up ekstrem convert gadis hot jadi.... nampak seram.. korang tgok la ade beberapa gambar yg dpt ditunjukan..



samara morgan




















ha mcm mana?? muke da cantek2 di make up mcm hantu.. monster segala.. seram nk dekat.. nk wat cmne da name nye actress.. yang peting make up mmg power.. nmpak mcm real.. hope filem2 kat malaysia dapat mencari juru solek yang setanding dengan juru solek international.. supaya filem kite lebih berkualiti..