Friday, November 25, 2011

Personaliti Wanita Dari Aspek Cara Berjalan

Salam 1 Malaysia.. 
bersama lagi dlam entry yg baru di pg jumaat ini.. ok! kli ni aku nk kongsi skit ngan korang entry pasal nk cari teman wanita memalui personaliti dari aspek cara berjalan.. memang sukarnya untuk menilai seseorang untuk dijadikan suri hidup.Mencari wanita untuk disayangi seterusnya menjadi pasangan hidup bukanlah seperti memilih atau menukar pakaian.Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya disusuli dengan kasih sayang dan keteguhan hubungan adalah impian setiap individu.Personaliti seseorang biasanya boleh dilihat daripada pelbagai aspek penjagaan kuku, bercakap, cara makan dan tidak kurang juga melalui cara berjalan. Penerangan mengenai cara berjalan dan personaliti seseorang wanita mungkin boleh membantu golongan lelaki mengenali wanita yang bakal menjadi suri di hati mereka. Jom kita tngaok!!..



Berginjat

Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain.Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.

Menoleh ke kiri dan ke kanan

Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.

Menunduk

Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja.Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebabnya, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Kepala menegak

Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.

Badan bergoyang

Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Sifatnya yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

Badan menegak

Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.

Seperti zirafah

Jika berjalan seperti zirafah, maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

kredit : kosmo.com.my

Monday, November 21, 2011

Sentimen Klasik Lelaki Inggeris




ERA gaya hip hop pernah meledakkan arus fesyen tanah air suatu ketika dulu, namun selepas angin ketaksuban gaya tersebut terhenti, muncul pula fesyen-fesyen lain yang menjadi pilihan si jejaka.

Siapa kata lelaki Malaysia buta fesyen? Jika diperhati dengan teliti, golongan Adam tempatan gemar mengikuti trend fesyen terkini.

Kewujudan butik Topman pada era milenium ini membuka lembaran baharu dalam mekanisme fesyen lelaki Malaysia. Hampir setiap lelaki khususnya remaja memiliki sekurang-kurangnya sehelai baju T jenama Eropah itu.

Bersesuaian dengan konsep high street yang dibawa sejak tahun 1978, Topman tidak pernah gagal memberi kepuasan kepada pelanggan setianya dengan rekaan-rekaan terbaharu dan segar.

Barisan jean dengan pelbagai jenis potongan seperti skinny, slim, straight, bootcut dan carrot menjadi identiti jenama itu sejak ia mula bertapak di Malaysia.

Paling ketara ialah ilham baju T tanpa kolar berbutang tiga di leher yang menjadi kegilaan remaja. Kita dapat melihat lelaki yang memakai rekaan santai itu hingga wujudnya imitasi ke atas rekaan tersebut.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Topman merupakan jenama pelopor fesyen kepada gaya high street buat lelaki Malaysia. Lebih itimewa, harganya yang berpatutan menjadikan jenama itu mampu dimiliki oleh setiap peringkat umur.




BUTIK Topman yang terletak di Oxford Street, London merupakan cawangan butik jenama tersebut yang terbesar.

Aktor dan pengacara rancangan 3 Hari 2 Malam di TV9 dan aktor, Karl Shafek Ibrahim, 32, merupakan antara lelaki yang cukup menggemari jenama yang telah mengembangkan sayapnya ke lebih 60 buah negara itu.

“Rekaannya santai tetapi ia mampu membuat kita kelihatan bergaya dan ia seperti menyuntik keyakinan dalam diri.

“Banyak koleksi yang dihasilkan Topman tampak klasik, namun dimodenkan dalam konteks hari ini dan apabila digabungkan ia menyerlahkan karakter maskulin lelaki.

“Mereka ibarat magnet dalam mempengaruhi cita rasa fesyen lelaki Malaysia terutama apabila melibatkan elemen klasik vintaj bak lelaki tahun 70-an,” luahnya yang bakal menemui audiens dalam filem Zaiton Ceritaku dan teater 1 Plastik Hitam.

Ibarat satu pengembaraan masa apabila menyorot pandangan pada sekumpulan anak muda yang menggayakan seluar pendek khaki berwarna terang yang dipadankan dengan baju T bercorak Aztec, terasa seperti berada pada era lampau yang memiliki peradaban moden.

Jean skinny hitam yang sempit di pergelangan kaki yang disatukan dengan baju T AAA White Movement Crew bercirikan baju labuh melebihi paras punggung dengan fabrik nipis pula membentuk identiti lelaki yang tidak segan menjadi perhatian umum sekali gus membongkar keberanian mereka dalam bereksperimen dengan fesyen.

Banyak pilihan

TOPMAN berjaya menembusi pasaran tempatan kerana menawarkan saiz baju untuk lelaki Asia yang bertubuh kecil.
Sentimen klasik ala lelaki Inggeris yang begitu kuat dalam setiap rekaan Topman pantas diterima oleh anak-anak muda walaupun dalam kalangan mereka masih berada di bangku sekolah.

Percaturan warna-warna terang seperti kuning, merah dan jingga untuk seluar khaki potongan chinos atau seluar pendek atas lutut fabrik kapas dengan rona merah jambu terang, hijau dan biru muda mendominasi pilihan utama lelaki belasan tahun.

Tambah Karl, remaja zaman ini bertuah kerana banyak pilihan fesyen boleh digayakan. Bahkan, idea yang diserakkan Topman ke dalam mentaliti lelaki muda memainkan peranan penting kepada perkembangan cita rasa fesyen mereka.

“Dahulu lelaki kurang diberi pendedahan tentang fesyen kerana banyak jenama di pasaran lebih fokus kepada wanita tetapi masa telah berubah. Kini pelajar sekolah pun tahu mengikuti trend-trend terkini.

“Bermula daripada generasi mereka inilah kita dapat melihat minda fesyen golongan lelaki bercambah selari dengan ilmu milik wanita apabila mereka dewasa kelak.

“Dari situ, ideologi fesyen akan turun kepada generasi baharu sekali gus menjadikan lelaki sebagai jantina yang tidak kurang hebatnya dalam berfesyen,” ujar hos program Hip TV itu saat diminta meluahkan persepsinya berkenaan transformasi fesyen lelaki tempatan.

Sementara itu, pereka dan perunding fesyen, Faizal Hamid, 40, menyifatkan kegilaan remaja terhadap trend rekaan Topman adalah disebabkan pilihan yang pelbagai ditawarkan oleh jenama itu.

Bermula daripada pakaian formal seperti sut ke majlis-majlis rasmi, pakaian ke pejabat, kemeja ringkas sehinggalah kepada pilihan jean, seluar khaki dan aksesori, segala-galanya boleh didapati di butik tersebut. 

“Di London sendiri terdapat banyak butik Topman dan penerimaan lelaki Malaysia terhadap jenama ini menunjukkan bahawa mereka gemarkan rekaan yang trendy dan menyerlah.

“Remaja kita khususnya sudah berani bereksperimen dengan warna-warna terang dan tidak segan menyarungkan seluar pendek atas lutut yang dirasakan terlalu menonjol untuk seorang lelaki. “Jika kita lihat di pusat-pusat beli-belah di ibu kota, hari ini remaja lelaki kelihatan bergaya dan bijak berfesyen. “Ini merupakan bukti bahawa fesyen itu tidak statik dan sentiasa berubah-ubah sesuai dengan peredaran zaman, lelaki Malaysia era ini semakin pandai dalam berpakaian,” jelas pensyarah di Jabatan Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini.

Selaku butik sehenti, Topman yang berasal dari Eropah berjaya menembusi pasaran tempatan kerana mengambil kira saiz tubuh lelaki Asia yang kebanyakannya kecil. Tambah Faizal, adakalanya saiz yang disediakan Topman seperti XXS kelihatan agak pelik untuk dipasarkan, namun percaya atau tidak ia pasti habis dijual berikutan kecenderungan lelaki bertubuh kecil melabur wang mereka di butik tersebut.

Sunday, November 20, 2011

Akar Pokok Ganjil Menyerupai Jantung Manusia




KOTA TINGGI – Siapa sangka hobi sepasang suami isteri di sini, yang gemar masuk hutan mencari akar kayu telah menemukan mereka dengan akar pokok ganjil menyerupai jantung manusia.
Pasangan berkenaan, Madon Ismail, 65, dan Fatimah Ibrahim, 55, yang tinggal di Kampung Tembioh pernah menolak tawaran sebanyak RM10,000 daripada rakan yang berminat mahu memiliki akar ganjil itu.
Madon berkata, keunikan akar ganjil itu membuatkannya mudah menolak tawaran daripada mereka yang mahu membelinya.

Saturday, November 19, 2011

Tujuh Pencalonan Keajaiban Alam Sekitar

Salam 1 Malaysia =) kat dunia ni banyak tempat-tempat yang sangat cantik dan ajaib.. ramai yang telah menyelongkar dan mengkaji tentang benda ini.. Ok1 entry kali nk kongsi tentang Tujuh Pencalonan Keajaiban Alam sekitar.. Jom!!


PIRAMID Agung Giza sudah berusia lebih 3,800 tahun. Namun, kekukuhan struktur ciptaan manusia tertua yang masih wujud itu menjadi salah satu monumen yang paling diingati oleh setiap generasi.

Tanyalah sesiapa sahaja, pasti mereka kenal dengan piramid yang dibina pada tahun 2540 Sebelum Masihi itu dan siap dua dekad kemudian.

Walhal, ketika Piramid Agung Giza disenaraikan, terdapat enam buah seni bina purba lain yang melakar sejarah sebagai monumen penting yang turut melakar sejarah manusia zaman purba ketika itu.

Antaranya ialah taman tergantung Babylon, Kuil Artemis di Ephesus, patung berhala Zeus di Olympia, makam Maussollos di Halicarnassus, patung raksasa Rhodes dan rumah api Iskandariah.

Orang Yunani sejak zaman purba percaya bahawa tujuh membawa maksud atau melambangkan kesempurnaan, sehinggakan kepercayaan itu diteruskan sehingga kini.

Dari situlah wujudnya pelbagai senarai keajaiban lain yang meletakkan tujuh nama-nama seni bina atau monumen, alam semula jadi sebagainya.

Baru-baru ini, sebuah organisasi, Yayasan New7wonders telah menyenaraikan sebanyak tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang dipilih berdasarkan undian penduduk dunia.

Kawasan yang dipilih ialah Hutan Hujan Amazon di Amerika Selatan, Teluk Halong di Vietnam, Air Terjun Iguazu di Argentina dan Brazil, Pulau Jeju di Korea Selatan, Pulau Komodo di Indonesia, sungai bawah tanah Puerto Princesa di Filipina dan Gunung Table di Afrika Selatan.

Pengasas Yayasan New7Wonders, Bernard Weber dalam laman webnya berkata: "Kami mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya mendapat status sementara ini dalam melengkapkan proses mengesahan dalam majlis khas yang akan diadakan awal tahun 2012 nanti.

"Keputusan akhir bakal diumumkan awal tahun 2012 ini dengan amaran kemungkinan berlakunya perubahan keputusan pemenang sementara berbanding senarai akhir," katanya.

PULAU gunung berapi, Pulau Jeju terletak kira-kira 130 kilometer dari Korea Selatan.


Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar.

Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar.

Tujuh keajaiban alam sekitar yang baru menunjukkan penyertaan beberapa nama-nama tempat pelancongan popular seperti Great Barrier Reef di Australia dan Grand Canyon di AS yang terkeluar daripada senarai akhir pertandingan tersebut.

Pulau Jeju

Walaupun menganjurkan kempen besar-besaran untuk mendapatkan undi, tempat tarikan pelancongan berkenaan tewas dengan lokasi pelancongan kurang popular seperti Pulau Jeju di Korea Selatan, sungai bawah tanah Puerto Princesa dan Pulau Komodo di Indonesia.

Gabenor Jeju Woo Geun Min berkata, penyenaraian itu telah membuka lembaran baharu dalam industri pelancongan kepulauan berkenaan.

"Keputusan ini pastinya akan menarik kehadiran ramai pelancong ke Pulau Jeju, meningkatkan pelaburan dan kesedaran mengenai produk pertanian pulau ini," katanya mengenai pulau yang terkenal dengan limau tangerin itu.

Peneraju kemenangan berkenaan ialah Yang Won-chan. Beliau merupakan setiausaha agung jawatankuasa kebangsaan Jeju untuk Yayasan New7Wonders bagi keajaiban alam semula jadi yang bertungkus-lumus menarik undian sejak setahun lalu.

BINAAN unik dan sejarah yang dipahat Colosseum di Rom Itali telah menarik jutaan pelancong ke negara itu sejak berdekad lalu.


Won-chan yang memiliki klinik ortopedik di selatan Seoul mengambil keputusan menyertai kempen Pulau Jeju pada Oktober tahun lalu selepas Gabenornya, Woo Geun Min memintanya berbuat demikian.

Won-chan juga telah menarik penyertaan individu berpengaruh dan dihormati masyarakat iaitu bekas Perdana Menteri, Chung Un-chan untuk mengetuai organisasi yang belum dilancarkan ketika itu.

Selepas Un-chan bersetuju, jawatankuasa itu ditubuhkan secara rasmi pada 13 Disember 2010.

Won-chan membenarkan jawatankuasa berkenaan menjalankan operasi di tingkat empat bangunan klinik lapan tingkat miliknya secara percuma. Beliau juga mengembara ke Jepun, China dan beberapa negara luar beberapa kali untuk menjalankan kempen berkenaan menggunakan wangnya sendiri.

Yuran

Won-chan juga cuba untuk mengajak ramai selebriti termasuk aktres kelahiran Pulau Jeju, Ko Doo-sim sebagai duta kebudayaan jawatankuasa berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Korea dan bukan Korea untuk mengundi.

"Kami tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan negeri. Tapi saya mengeluarkan duit poket sendiri untuk menguruskan jawatankuasa ini. Sumbangan daripada penyokong kempen di seluruh negara turut membantu kewangan kempen Pulau Jeju," kata Won-chan.

Pertandingan anjuran Yayasan New7wonders itu yang meletakkan sungai bawah tanah Puerto Princesa di dalam peta pelancongan dunia telah dicemari kontroversi membabitkan jutaan dolar yang didakwa sebagai yuran penyertaan.

Maldives dan Indonesia dikatakan menarik balik penyertaan daripada pertandingan itu dan menuduh pihak penganjur memaksa mereka membayar yuran mengejutkan berjumlah AS$500,000 (RM1,574,500) berdasarkan laporan The Guardian.

PENGUNJUNG menikmati keindahan sungai bawah tanah Puerto Princesa di Filipina.


Bagaimanapun, menerusi e-mel yang dikirim oleh jurucakap Yayasan New7wonders, Eamonn Fitzgerald berkata dakwaan itu tidak berasas.

"Kata kuncinya ialah dakwaan," katanya.

Fitzgerald turut mengemukakan kenyataannya untuk saluran berita Maldives iaitu Minivan News. Beliau memberitahu bahawa New7Wonders terperangkap di dalam politik kedua-dua negara berkenaan.

Ketika diminta memberi kenyataan balas, Setiausaha Kerajaan Tempatan dan Pedalaman Filipina, Jesse Robredo yang mengepalai kempen untuk tarikan pelancongan di Palawan berkata, tuduhan itu mengarut.

"Tidak ada dana atau wang akan dikumpulkan semata-mata untuk menyertai pertandingan ini, apatah lagi membabitkan wang jutaan dolar," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saluran berita berkenaan.

Sabtu lalu, yayasan yang berpangkalan di Zurich, Switzerland itu mengumumkan sungai bawah tanah Puerto Pricesa di Palawan sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban alam sekitar berdasarkan keputusan undian sementara melalui SMS dan Internet.

Dalam pada itu, kerajaan Filipina menjangkakan status baharu itu akan membangunkan industri pelancongan negara berkenaan. Presidennya, Benigno Aquino sendiri menerajui kempen mengundi tapak pelancongan tersebut.

Sungai bawah tanah Puerto Princesa terkenal dengan ciri-ciri saintifik, biologikal dan geologikal telah diumumkan sebagai tapak bersejarah dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1999.

Ia juga dinamakan sebagai Monumen Geologikal Kebangsaan pada Disember 2003.

Dalam perkembangan lain, senarai keajaiban alam sekitar berkenaan telah menimbulkan kejutan apabila menyingkirkan beberapa tempat pelancongan popular seperti Laut Mati di Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS) walaupun kedua-dua tempat berkenaan berada dalam senarai 10 finalis yang diumumkan Jumaat lalu.

Dalam pada itu, American Society of Civil Engineering (ASCE) pada tahun 1994 telah menyenaraikan tujuh keajaiban dunia moden bagi menghargai pencapaian kejuruteraan awam terhebat pada abad ke-20.

ISTANA Potala yang terletak di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet China digelar sebagai mutiara di bumbung dunia kerana keagungan seni binanya.


Kawasan menyelam

Mereka menyenaraikan Terowong Channel di Strait of Dover yang terletak di antara the United Kingdom (UK) dan Perancis, Menara CN di Toronto, Ontario, Canada, Empire State Building di New York, AS, Jambatan Golden Gate di California, AS, Itaipu Dam di Sungai Parana di antara Brazil dan Paraguay, projek pembinaan Delta/Zuiderzee di Netherlands dan Terusan di Isthmus, Panama.

Pada tahun 1989, sebuah organisasi CEDAM membawa panel saintis marin termasuk Dr. Eugenie Clark untuk memilih kawasan-kawasan menyelam yang dianggap paling layak untuk perlindungan.

Keputusan yang diumumkan di The National Aquarium di Washington DC oleh pelakon Lloyd Bridges menyenaraikan tujuh kawasan menyelam iaitu Palau, Belize Barrier Reef, Great Barrier Reef, Laut Dalam Vents, Pulau Galapagos, Tasik Baikal dan Laut Merah Utara.

Penulis British, Deborah Cadbury menulis mengenai tujuh keajaiban dunia industri iaitu sebuah buku yang menceritakan mengenai kejuruteraan terhebat abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Buku itu mendedahkan pembinaan SS Great Eastern, rumah api Bell Rock, Jambatan Brooklyn, sistem pembentungan London, landasan rentas benua pertama, terusan Canal dan empangan Hoover.









Wednesday, November 16, 2011

Model Serangga Dihasilkan Daripada Rambut

Salam 1 Malaysia.. Bagi kawan2 aku yg stress dgn exam jom relax kan otak yang sarat ngan nota ni.. kita perlu rest dengan benda2 yang santai contohnya tgok gambar-gambar yang pelik @ unik..Ok!.. Entry kali ini nk kongsi ngan korang sume Tentang Serangga seperti nyamuk, kumbang dan lain-lain memang agak menggelikan dan tidak digemari ramai. Tapi bagaimana pulak kalau model-model serangga itu dihasilkan daripada rambut =.=” haha kegelian itu menjadi kuasa dua beb. Model-model ini semua adalah hasil kreativiti artis yang bernama Adrienne Antonson. Ianya sangat Hebat..
bug2 Model Serangga yang Diperbuat Daripada Rambut
Mentadak mentadu
bug1 Model Serangga yang Diperbuat Daripada Rambut
Ini mungkin nyamuk
bug3 Model Serangga yang Diperbuat Daripada Rambut
Ini mungkin kupu-kupu
bug4 Model Serangga yang Diperbuat Daripada Rambut
ini kumbang
bug5 Model Serangga yang Diperbuat Daripada Rambut
Ini mungkin penyengat (wasp)
bug6 Model Serangga yang Diperbuat Daripada Rambut
Ini confirm lalat hahaha
bug7 Model Serangga yang Diperbuat Daripada Rambut
ok yang ini memang tak tahu apa (sila bantu)
bug8 Model Serangga yang Diperbuat Daripada Rambut
ini juga lalat kot
bug9 Model Serangga yang Diperbuat Daripada Rambut
Apa binatang ni =.="
bug10 Model Serangga yang Diperbuat Daripada Rambut
rasanya ini kumbang
bug11 Model Serangga yang Diperbuat Daripada Rambut
apa nama ntah binatang ni.. tapi ia sangat common
Diulangi sekali lagi, model-model serangga ini semua diperbuat daripada rambut ye.. hohoho tapi memang kreatif dan teliti betul orang yang buat ni. Orang macam kita mesti x mampu nk buat model yang macam ini kan.. so kita harus berbangga dengan mereka yang dikurniakan bakat seni mcm ni =).. Ok! sekian saja entry kali ini.. 

Monday, November 14, 2011

Cara Pakai Seluar Dan Siapa Anda?

Salam.. dari pemakaian kita boleh lihat sesorang macam mana.. so. entry kali ni bercerita cara pakai seluar dan siapa anda.. mari kita lihat dimanakah kita sebenarnya.. 




Saturday, November 12, 2011

Sejarah Permainan Bowling

Salam 1 Malaysia.. Jom relax dengan entry ni.. enrty kali ni untuk menambah pengetahuan tentang permainan bowling.. sape yang suke main bowling ni sesuai la bace,, entry ni ada cerita pasal sejarah bowling.. jom baca.
BOWLING adalah permainan tertua dan popular di dunia... pada 1930, sorg antropologi Inggeris menemukan koleksi benda2 dalam makam anak2 mesir yg kelihatan seakan2 koleksi permainan bowling... koleksi tersebut ditemukan bersame2 dgn artifak2 3200BC.  maknanye bowling ni dah berusia lebih dri 5000 tahun...



pada abad ke-3 plak, bowling ni menjadi acara di gereja... dorg gunekan game ni tuk tebus dosa... sape yg STRIKE, dosa diampunkan... haha... pastu game ni semakin dipraktikkan  umum dan jadi makin pemes...

dulu2 x de la istilah mesin nak susun pin tu... dorg susun gune manual, gune pinboys... hehe, mesti gaji dorng ni mahal kan... ye la.. penat kot nak susun pin tu... ^^



skrg ni, dah makin canggih, semua gune mesin... dah x de dah pinboys... =P... bowling pon dah jadi international game n pemes.. serius, baru hari ni ak tau pasal sejarah bowling ni... thanks la tuk en.google... tambah lagi satu pengetahuan hari ni.. setakat ini je entry kali ini ringkasa sahaja.. daa~

Friday, November 11, 2011

TIPS MENGATASI KEGAGALAN DALAM PEPERIKSAAN

1.    BANYAK BERDOA
SELAIN BERUSAHA, PELAJAR PERLU BERDOA SERTA TIDAK LUPA KEPADA ALLAH KERANA SEGALA URUSAN INSYA-ALLAH AKAN DIPERMUDAHKAN JIKA KITA BANYAK BERDOA KEPADANYA.

2.    HORMATI IBU BAPA
KITA PERLU SENTIASA INGAT DOA IBU BAPA KEPADA ANAKNYA SANGAT MUJARAB, JADI JANGAN SESEKALI MENYAKITI HATI MEREKA.

3.    BANYAK MEMBACA
SELAIN MEMBACA UNTUK PERSEDIAAN PEPERIKSAAN, PELAJAR DIGALAKKAN MEMPUNYAI BUKU, AKHBAR ATAU MAJALAH TERTENTU YANG BOLEH DIBUAT BAHAN BACAAN DAN MENENANGKAN FIKIRAN.

4.    RAJIN BERUSAHA DAN KOMITED
USAHA TANGGA KEJAYAAN, JADI USAHA YANG BERTERUSAN WALAUPUN SEDIKIT, PASTI AKAN MEMBUAHKAN HASIL.

5.    RAJIN BERTANYA
MALU BERTANYA SESAT JALAN DAN RUGI JIKA MALU TAK BERTEMPAT. BERTANYALAH SELAGI ANDA TIDAK FAHAM AKAN SESUATU SUBJEK ATAU TOPIK KEPADA GURU ATAU RAKAN YANG CEMERLANG.

6.    BUAT ULANGKAJI
SUSULAN MEMBUAT BACAAN DAN NOTA, ULANG KAJI PENTING UNTUK MENGUKUHKAN INGATAN LEBIH-LEBIH LAGI APABILA SUDAH HAMPIR DENGAN TARIKH PEPERIKSAAN.

7.    PEMAAF
BAGI MENDAPATKAN KEBERKATAN, KIA DIGALAKKAN SALING BERMAAF-MAAFAN SESAMA PELAJAR, GURU DAN IBU BAPA SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN. HAL INI MAMPU MEMBERI KETENANGAN JIWA UNTUK MENJAWAB SOALAN.

8.    SENTIASA IMPIKAN KEJAYAAN
KEGAGALAN BUKANLAH SATU PILIHAN, JADI ANDA PERLU SENTIASA MEMBAYANGKAN DIRI ANDA DALAM MEREKA YANG CEMERLANG DAN BERUSAHA KE ARAH ITU. 


Tuesday, November 8, 2011

Taman Arca Yang Menyeramkan


Salam 1 Malaysia.. berjumpa lagi di entry yg baru.. kali nk bawak korang semua pg ke sebuah Taman arca Veijo Rönkkönen merupakan tempat paling pelik di Finland dan boleh dikatakan agak menakutkan kerana ia juga terletak di pendalaman hutan Parikkala di hujung Timur Finland. Setiap patung arca yang ada disitu amatlah pelik dan berbentuk misterius lagi menyeramkan, bayangkan kalau korang tersesat kat situ pada tengah malam. Cuba tengok beberapa gambar dibawah... Jom!!!






A






hehehe.. amacam?? seram x? jangan termimpi-mimoi sudah la.. :D btw.. taman ni best kalu bergambar.. nampak unik..


fakta dari : http://klik-aje.blogspot.com

Friday, November 4, 2011

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah


Assalamualaikum... dan Salam 1 Malaysia.. kembali kita di penghulu segala hari.. iaitu hari jumaat yang penuh keberkatan.. ok.. entry untuk hari ini nk cerita n berkongsi sikit Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah... 


Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut

jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Akibatnya,mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala. Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

Untuk keterangan lanjut KLIK SINI!!! 

*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg nak share dgn semua pun.

Wasalam...