Friday, May 25, 2012

TIGA PENGERTIAN SELAWAT

Salam jumaat untuk semua.. hari yang mulia elok kalau kite banyak-banyak berselawat.. supaya dapat rahmat darinya dan dipermudahkan segala urusan. entry kali ni, nak share sikit ngan korang semua tentang pengertian selawat. Syeikh Muhammad Nuruddin menjelaskan tiga pengertian selawat yang berbeza.




Selawat daripada Allah SWT

Katanya, pengertian selawat daripada Allah SWT kepada Rasulullah bermakna rahmat, keredhaan, kemuliaan, kepujian serta ketinggian kepadanya.

Selawat daripada Malaikat

pengertian selawat daripada malaikat kepada rasulaullah pula ialah istighfar memohon keampunan daripada Allah SWT buat baginda.

Selawat daripada manusia

pengertian selawat daripada manusia kepada Rasulullah pula bermaksud berdoa agar kita mendapat rahmat yang penuh mahabbah dan kasih sayang Allah SWT.

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

1.     Melaksanakan perintah Allah.
2.     Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3.     Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4.     Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan   (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5.     Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6.     Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7.     Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8.     Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9.     Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Katanya, terdapat banyak jenis selawat, namun walau apa jenis selawat sekalipun yang diamalkan, Allah tetap mengurniakan 'bonus' kepada kita sesuai dengan usaha yang kita lakukan.


Thursday, May 24, 2012

Malas Vs Lazy


Salam 1 Malaysia.. lama dah tinggal blog ni.. hari ni baru ade kesempatan untuk kongsi entry baru. Okey kali ni aku nk kongsi skit ngan korang sume tentang Perangai @ tingkah laku orang yang malas. kalau nak tahu ciri2 orang yang malas! jom bace kat bawah tu :



Falsafah Orang Yang Malas :

  • Bangga dapat kerja senang & ringan.
  • Biar lambat, jangan menyusahkan.
  • Biar orang lain melakukannya, jagan menyusahkan diri.
  • Memilih kerja senang, tapi mengharapkan ganjaran lebih.
  • Tidak gemar menghadapi cabaran. 
  • Mengelak kerja-kerja yang mendesak (urgent).
  • Banyak Kerja, Banyak silap...
  • Sedikit untuk organisasi, selebihnya untuk kepentingan diri.

Sifat Orang Malas :

  • Ditugaskan melakukannya, tetapi menolak.
  • Berpeluang melakukannya, tetapi berdalih.
  • Sanggup melakukannya, tetapi bertangguh.
  • Tahu melakukannya, tetapi mendakwa tidak tahu.
  • Berupaya melakukannya, tetapi mendakwa tidak mampu.
  • Mudah melakukannya, tetapi mendakwa sukar.
  • Sedikit melakukannya, tetapi mendakwa banyak.
  • Berkelapangan melakukannya, tetapi mendakwa kesuntukan masa.

Kerja Orang Malas :

  • Kerja sedikit, tetapi mengaku lebih.
  • Kerja sedikit, tetapi merungut lebih.
  • Kerja sedikit, tetapi menuntut lebih.
  • Kerja sedikit, tetapi mendakwa lebih.
  • Kerja sedikit, tetapi belanja lebih.
  • Kerja sedikit, tetapi abil masa lebih.
  • Kerja sedikit, tetapi guna tenaga lebih.
  • Kerja sedikit, tetapi penat lebih.
  • Kerja sedikit, tetapi mengungkit lebih.
  • Kerja sedikit, tetapi mengumpat lebih.
  • Kerja sedikit, tetapi berehat lebih.


p/s : Adakah anda tergolong dalam senarai di atas?? hahaha.. klu ada cepat2 perbaiki diri anda supaya ikhlas dalam melakukan pekerjaan disamping kerja yang dilakukan berkualiti.. 
Renung-renungkan dan selamat beramal.