Salam jumaat untuk semua.. hari yang mulia elok kalau kite banyak-banyak berselawat.. supaya dapat rahmat darinya dan dipermudahkan segala urusan. entry kali ni, nak share sikit ngan korang semua tentang pengertian selawat. Syeikh Muhammad Nuruddin menjelaskan tiga pengertian selawat yang berbeza.
Selawat daripada Allah SWT
Katanya, pengertian selawat daripada Allah SWT kepada Rasulullah bermakna rahmat, keredhaan, kemuliaan, kepujian serta ketinggian kepadanya.
Selawat daripada Malaikat
pengertian selawat daripada malaikat kepada rasulaullah pula ialah istighfar memohon keampunan daripada Allah SWT buat baginda.
Selawat daripada manusia
pengertian selawat daripada manusia kepada Rasulullah pula bermaksud berdoa agar kita mendapat rahmat yang penuh mahabbah dan kasih sayang Allah SWT.
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat?
Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini.
Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh
itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.
1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat
Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat
para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh
kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat
daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah
sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat
sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah
sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan
diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada
Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala
keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas
individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan
balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke
atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta
tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah
s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan
syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam
majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada
majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah
apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah
selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada
hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan
kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang
sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan
Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian
hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap
sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah
s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta
mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa
dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap
individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan
Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan
akhirat.
No comments:
Post a Comment