Thursday, September 13, 2012

Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai

Salam 1Malaysia.. Sebelum nak mula enrty kali ni.. Nak ucap syukur Alhamdulillah apa yang diberikan kapada saya.. Pada 9 september 2012 telah diadakan Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai bagi menganugerahkan pelajar-pelajarnya segulung Diploma dan Sijil.. aku sangat bertuah kerana salah seorang darinya.. Setelah berhempas pulas selama 3 tahun di penang ni dan menempuh pelbagai dugaan belajar, akhirnya mendapat kemanisan juga.. Aku sangat berbangga menjadi graduan Politeknik Seberang Perai.. Jom tengok gambar sekitar majlis tersebut..









wif my famly =)











Selesai sudah Majlis konvokesyen.. Sekarang aku bergelar graduan cewahhh!!! hahaha.. gembira hati bile semuanya dah selesai.. aku nk ucapkan terima kasih terutama mak n abah yg sangat2 bnyak bantu dr segi tenaga, kewangan mcm2 lg.. kawan2 yang bnyak bantu susah senang aku.. love u all.. lecture yg beri tunjuk ajar,, terima kasih daun keladi.. tanpa korang sume aku xsampai sini.. 

Wednesday, September 5, 2012

Gaya Buat Lelaki Kurus


Salam buat pembaca, entry kali ini di bawah labels Gaya dan fesyen.. Bagi golongan lelaki yang memiliki saiz tubuh yang kurus dan kecil seharusnya tidak berasa bimbang kerana pelbagai cara boleh diatasi bagi menampakkan gaya pada seseorang itu..Mungkin ramai yang menganggap tubuh kurus sebagai jaminan melakukan apa saja eksperimen fesyen. 

Pada pandangan umum, lelaki dilihat kurang menarik jika terlalu kurus. Tidak seperti wanita yang menonjol dengan imej XS, lelaki nampak canggung, tidak macho dan maskulin andai kurus melidi. oleh itu, KETEPIKAN rasa rendah diri untuk bergaya, entry kali ini memberi panduan dalam etika gaya buat jejaka bertubuh XS.


Selamat Bergaya!


Rambut

Elak memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menambah refleksi anda bertubuh kurus. Sebaiknya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil.


Muka

Biarkan wajah sentiasa bersih dan dicukur rapi untuk memastikan penampilan lebih seimbang.


Pakaian

Pilihan pakaian hendaklah mengikut saiz badan. Tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Sebaiknya, mencuba terlebih dulu pakaian yang ingin dibeli dan jika tidak yakin minta juga pandangan orang lain.


Jaket

Langkah terbaik andai si kurus memilih jaket dan vest untuk menutupi tubuh badan kurus. Selain menyerlahkan penampilan, ia secara tidak langsung menampakkan tubuh badan lebih besar.


Seluar

Jangan memilih seluar yang terlalu mengikut potongan. Mungkin pemakaian seluar boxer akan membantu mengubah saiz seluar walaupun sedikit.


Kasut

Mungkin hanya sekadar kasut tetapi pemilihan reka bentuk sesuai mampu memberi makna besar dalam penampilan. Si kurus sebaiknya bijak bermain warna dan tidak statik memilih kasut berwarna hitam. Lambakan kasut jejaka di pasaran termasuk warna-warna hangat mampu mengimbangi penampilan diri.


Aksesori

Jangan ragu memilih aksesori pelengkap gaya. Tidak salah lelaki menggayakan beg sandang, topi mahupun berkaca mata hitam. Si kurus wajar memanfaatkan aksesori
untuk mengimbangi tubuh badan mereka. Namun, jangan pula memilih aksesori terlalu sarat seperti penggayaan rantai di seluar dan lilitan gelang di tangan!