Salam buat pembaca, entry kali ini di bawah labels Gaya dan fesyen.. Bagi golongan lelaki yang memiliki saiz tubuh yang kurus dan kecil seharusnya tidak berasa bimbang kerana pelbagai cara boleh diatasi bagi menampakkan gaya pada seseorang itu..Mungkin ramai yang menganggap tubuh kurus sebagai jaminan melakukan apa saja eksperimen fesyen.
Pada pandangan umum, lelaki dilihat kurang menarik jika terlalu kurus. Tidak seperti wanita yang menonjol dengan imej XS, lelaki nampak canggung, tidak macho dan maskulin andai kurus melidi. oleh itu, KETEPIKAN rasa rendah diri untuk bergaya, entry kali ini memberi panduan dalam
etika gaya buat jejaka bertubuh XS.
Selamat Bergaya!
Rambut
Elak memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian
akan menambah refleksi anda bertubuh kurus. Sebaiknya biarlah rambut
berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil.
Muka
Biarkan wajah sentiasa bersih dan dicukur rapi untuk memastikan penampilan
lebih seimbang.
Pakaian
Pilihan pakaian hendaklah mengikut saiz badan. Tidak terlalu besar dan tidak
pula terlalu kecil. Sebaiknya, mencuba terlebih dulu pakaian yang ingin dibeli
dan jika tidak yakin minta juga pandangan orang lain.
Jaket
Langkah terbaik andai si kurus memilih jaket dan vest untuk menutupi tubuh
badan kurus. Selain menyerlahkan penampilan, ia secara tidak langsung
menampakkan tubuh badan lebih besar.
Jangan memilih seluar yang terlalu mengikut potongan. Mungkin pemakaian seluar
boxer akan membantu mengubah saiz seluar walaupun sedikit.
Kasut
Mungkin hanya sekadar kasut tetapi pemilihan reka bentuk sesuai mampu memberi
makna besar dalam penampilan. Si kurus sebaiknya bijak bermain warna dan tidak
statik memilih kasut berwarna hitam. Lambakan kasut jejaka di pasaran termasuk
warna-warna hangat mampu mengimbangi penampilan diri.
Aksesori
Jangan ragu memilih aksesori pelengkap gaya. Tidak salah lelaki menggayakan beg
sandang, topi mahupun berkaca mata hitam. Si kurus wajar memanfaatkan aksesori
untuk mengimbangi tubuh badan mereka. Namun, jangan pula memilih aksesori
terlalu sarat seperti penggayaan rantai di seluar dan lilitan gelang di tangan!
No comments:
Post a Comment