Friday, January 10, 2014

100 DORAEMON secret gadgets

Salam 1 Malaysia, Masa zaman kecik2 dulu mesti korang semua minat tgok karton robot kucing biru ni kan? setiap hujung minggu petang semua dah balik umah tunggu depan TV nk tengok karton ni. Tak ade yang miss. Tapi aku percaya bukan cakap zaman masa kanak2 tapi sekarang ni pun dah besar masih tunggu lagi depan TV nak tengok cite ni ha.. ceritanya tak penah membosan kan. termasuk diri aku ni juga. nak buat macam mana dah minat. Sempana Expo 100 barangan ajaib Doraemon di Langsungkan buat julung kalinya di Malaysia di VIVA HOME Kuala Lumpur, Tiket RM25.00. Aku x lepaskan peluang ini untuk merasai dunia Doraemon ini. Jom ikut aku selami dunia karton comel ni. miauu..miaooo...


Kalau korang sume nk tahu cerita Doraemon ini adalah sebuah komik Jepun yang popular yang dikarang oleh penulisnya Fujiko F.Fujio, sejak dari tahun 1970 lagi dan berkisah tentang sebuah robot yang berbentuk kucing berwarna biru yang datangya dari abad ke-22. Cerita Doraemon ini julung kalinya muncul pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalh yang berlainan secara serentak, sejumlah 1344 cerita asal telah direka selama ini.


Doraemon merupakan seeekor kucing robot , yang menjadi pembimbing dan pembantu kepada seorang anak muda yang bernama Nobita. Dia dihantar ke masa kini oleh keturunan Nobita pada abad ke-22. Doraemon asalnya adalah bertelinga akan tetapi kedua-dua belah tenlinganya dimakan oleh seekor tikus robot pada abad ke-22. Akibatnya, Doraemon menghadapi ketakutan yang mendalam terhadap tikus meskipun berupa robot. Doraemon ini juga mempunyai kocek 4-demensi, semacam tempat mnyimpan barang yang tiada had ruang yang selalu Doraemon gunakan untuk mengeluarkan pelbagai jenis peralatan masa depan untuk membantu Nobita.


Saya tahu anda semua ramai yang mengatahui bahawa warna asal robot Doraemon ini adalah warna kuning, tapi tahukah anda kenapa dia boleh bertukar warna dari kuning menjadi warna biru? badanya bertukar menjadi warna biru kerana setelah terjadinya satu peristiwa dimana telinganya putus digigit tikus. kerana terlapau sedih, Doraemon telah meminum sejenis ubat untuk mengembiraknnya tetapi malangnya dia tersalah ubat yang dimakanya iaitu ubat "Kesedihan" dan menangis sehingga seluruh badanya bertukar menjadi warna biru.


Comelkan Kalau Doraemon ni berwarna kuning. hehehetapi nnty mesti cepat comot. Jom tengok gambar kenangan sekitar expo 100 secret gadgets Doraemon ni..


Bergambar dengan alat-alat Doraemon.. Best walaupun alat xberfungsi. just feeling-feeling jer.. yang Havoc.

Gambar Doraemon di sebuah kapalnya untuk pergi ke tempat yang dimahunkan. dari pintu masuk lagu kita akan lalui terowong masa. supaya kita dapat masuk dunia robot biru ini..



Yang kat belakang tu adalah watak Giant. Giant ni turut dikenali sebagai Gakidaisho, yang membawa maksud "ketua jalanan" ), Giant dikenali sebagai kaki buli yang suka mengacau budak-budak lain, terutamanya Nobita. Giant juga gemar menyanyi, dan inilah sesuatu yang paling ditakuti penduduk bandar di sekitarnya kerana nyanyiannya teruk dan terlampau kuat. Namun, dia paling takut akan ibunya sendiri. Adik perempuannya, Jaiko. Giant ni pula bercita-cita ingin menjadi pelukis komik. 



nampak tak pintu colour pink tu? tu ialah Pintu Suka Hati ( dokodemo door) yang membolehkan sesiapa pergi ke mana sahaja yang dihendaki dengan cuma melalui pintu ini.




Yang ni watak Nobita dan Shizuka. ni gambar dorang berkhawin.. sweettt.. akhirnya kawin jugak dorang ni kan.. Nobita merupakan watak utama siri Doraemon. Anak tunggal kepada Nobisuke Dan Tamako. Dia biasa dilihat memakai cermin mata, kemeja polo berwarna merah atau kuning berkolar putih dan seluar biru. Watak Nobita digambarkan penuh dengan kekurangan. Seorang yang malas, tidak cerdik, lemah, bernasib malang, dan lemah bersukan. Kehidupan seharian Nobita melibatkannya datang lewat ke sekolah, mendapat markah 0 dalam ujian, dimarahi guru, dibuli Giant dan Suneo, juga dimarahi ibunya kerana tidak mahu menyiapkan tugasan. Nobita suka berehat pada waktu tengahari, dan kemalasannya sering menyebabkan kebimbangan ibu bapa dan gurunya. Walau bagaimanapun, kelemahan dan kesusahan Nobita adalah penggerak jalan cerita. Nobita juga mempunyai kebolehan unik seperti kemahirannya dalam menembak dan bermain bunga tali. Walaupun selalu digambarkan sebagai seorang penakut, Nobita amat mementingkan keadilan dan sanggup membahayakan dirinya untuk menyelamatkan orang lain atau sesebuah masyarakat, seperti yang ditunjukkan dalam cerita panjang Doraemon.

Nobisuke Dan Tamako, bapa dan ibu kepada Nobita.


Doraemon bersama-sama alat ajaib belia. Pada dada Doraemon terdapat kocek empat dimensi yang digunakannya untuk mengeluarkan pelbagai alatan canggih yang boleh membantu Nobita dan kawan-kawannya. Berikut merupakan alatan-alatan yang paling asas kepunyaan Doraemon. Buluh Terbang yang dipasang di atas kepala untuk terbang di langit. Mesin Cahaya Masa yang membolehkan rentasan masa dari zaman ke zaman. Sebenarnya mesin ini diletak dalam laci meja Nobita. Lampu Pengecil yang boleh mengecilkan saiz objek atau orang yang dipancarkan cahayanya.


Last sekali aku dapat merasa makanan kegemaran si robot kucing biru ni iaitu Dorayaki..Sedap!! aku makan perisa durian dan peanut. memang best.. sebelum balik sempat jugak beli cenderahati kat sini buat kenang-kenangan.. okay moga entry kali buat semua pembaca terhibur dan mendapat sedikit informasi mengenai Doraemon ini. Semoga kite bertemu lagi.. bye..


3 comments:

sobri yaacob said...

memang mnarik...tiket nak masuk pun mahai..ha..ha.
lawa rambut..ko buh colur ya?? ha..ah..ah,,

Anonymous said...

dorayaki tu bp rm ye 1 ? tq.

Unknown said...

syor r