Wednesday, February 20, 2013

Nasihat Am Untuk Semua

Salam 1 Malaysia dan selamat datang ke suhazainul.blogspot untuk entry yang pertama kali di tahun baru 2013 ni.rase rindu untuk kembali ke dunia blog ni. kali  ini entry aq nk bagi nasihat untuk diri aku dan kawan2 semua, nasihat mengenai sebelum kita membeli atau menjual sesuatu barang. Jadi inilah nasihat yang boleh di ikuti dan senarai semakan ini untuk hasil yang terbaik untuk anda :-

  • Senaraikan apa yang anda cari sebelum anda pergi dan melihat item yang dicari.
  • Kunjungi rumah penjual terlebih dahulu bersama seorang kawan.
  • Tawaran diri untuk mengikut pembeeli ke bank untuk melihat draf bank yang akan dikeluarkan.
  • Minta resit daripada penjual.
  • Pastikan item berfungsi dengan baik sepenuhnya sebelum mebeli.
  • Adakah penjual memiliki jaminan untuk ditunukan kepada anda.
  • Pastikan temu janji anda telah ditetapkan sebelum anda menemui penjual.
  • Pilih dengan berhati-hati dan jangan gopoh sebelum membuat sesuatu pembelian.
  • Simpan barang-barang brharga dalam rumah anda di tempat yang selamat.


PERMOTORAN

Mebeli Kereta
  • Mintalah dokumen pendaftaran yang asal daripada penjual.
  • Adakah nama penjual tertera dalam dokumen pendaftaran?
  • Adakah nombor enjin dan casis adalah sepadan seperti di dalam dokumen pendaftaran?
  • Semak setiap perkara di dalam dokumen pendaftaran seperti perbatuan, pastikan sepadan seperti yang dilihat.
  • Passtikan kenderaan telah habis dibayar sepenuhnya dan tidak mempunyai sebarang tunggaka bayaran.
  • Pandu uji sendiri kenderaan untuk memastikan ianya sesuai dengan keperluan anda.
Menjual Kereta
  • Jangan benarkan pembeli berpontensi memandu uji kenderaan secara bersendirian.
  • Jangan terima kunci kereta pembeli sebagai langkah keselamatan.
  • Jika anda membenarkan pembeli memandu uji kenderaan anda, pastikan anda diinsuranskan.


HARTANAH

Menyewa
  • Jangan cepat bersetuju untuk menyewa tanpa sebarang perjanjian lengkap dan bertulis antara anda dengan pemilik atau agensi perumahan.
  • Buatlah pengesahan identiti pemilik sebelum anda membayar wang dan pastikan pemilik memiliki hartanah tersebut. mintalah bukti pengenalan diri seperti buku rekod sewaan yang sebelumnya.
Menjual
  • Bandingkan hartanah lain dalam kawasan anda di pasaran, termasuk mengambil kira pembiakan dan sebarang kerja.
  • Beritahu segala kerja-kerja yang telah anda lakukan untuk hartanah anda.
  • Hanya tunukkan hartanah kepada orang-orang yang telah membuat temujanji.
  • Jimatkan wang pada bayaran agensi dengan menggunakan perkhidmatan 1klassifieds.
Membeli
  • Buat senarai semakan maklumat mengenai hartanah yang diingini.
  • Bertanyalah tentang pendirian penjual terhadap hartanah - bolehkan perpindahan dilakukan secepat mungkin?


PEKERJAAN

Pencarian Kerja
  • Jika berminat dengan pekerjaan yanng diminta, ingatkan diri bahawa tanggapan pertamaterhadap diri anda dan cara perbualan dalam telefon adalah penting.
  • Jangan letakkan kesemuanya dipertimbangkan dalam iklan pencarian pekerjaan yang anda mahu iklankan.


Jadi sampai sini saja entry untuk kali ini. semonga berjumpa lagi kita di lain kali. wasalam. hasil idea ikhsan Harian Metro..

Thursday, September 13, 2012

Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai

Salam 1Malaysia.. Sebelum nak mula enrty kali ni.. Nak ucap syukur Alhamdulillah apa yang diberikan kapada saya.. Pada 9 september 2012 telah diadakan Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai bagi menganugerahkan pelajar-pelajarnya segulung Diploma dan Sijil.. aku sangat bertuah kerana salah seorang darinya.. Setelah berhempas pulas selama 3 tahun di penang ni dan menempuh pelbagai dugaan belajar, akhirnya mendapat kemanisan juga.. Aku sangat berbangga menjadi graduan Politeknik Seberang Perai.. Jom tengok gambar sekitar majlis tersebut..









wif my famly =)











Selesai sudah Majlis konvokesyen.. Sekarang aku bergelar graduan cewahhh!!! hahaha.. gembira hati bile semuanya dah selesai.. aku nk ucapkan terima kasih terutama mak n abah yg sangat2 bnyak bantu dr segi tenaga, kewangan mcm2 lg.. kawan2 yang bnyak bantu susah senang aku.. love u all.. lecture yg beri tunjuk ajar,, terima kasih daun keladi.. tanpa korang sume aku xsampai sini.. 

Wednesday, September 5, 2012

Gaya Buat Lelaki Kurus


Salam buat pembaca, entry kali ini di bawah labels Gaya dan fesyen.. Bagi golongan lelaki yang memiliki saiz tubuh yang kurus dan kecil seharusnya tidak berasa bimbang kerana pelbagai cara boleh diatasi bagi menampakkan gaya pada seseorang itu..Mungkin ramai yang menganggap tubuh kurus sebagai jaminan melakukan apa saja eksperimen fesyen. 

Pada pandangan umum, lelaki dilihat kurang menarik jika terlalu kurus. Tidak seperti wanita yang menonjol dengan imej XS, lelaki nampak canggung, tidak macho dan maskulin andai kurus melidi. oleh itu, KETEPIKAN rasa rendah diri untuk bergaya, entry kali ini memberi panduan dalam etika gaya buat jejaka bertubuh XS.


Selamat Bergaya!


Rambut

Elak memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menambah refleksi anda bertubuh kurus. Sebaiknya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil.


Muka

Biarkan wajah sentiasa bersih dan dicukur rapi untuk memastikan penampilan lebih seimbang.


Pakaian

Pilihan pakaian hendaklah mengikut saiz badan. Tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Sebaiknya, mencuba terlebih dulu pakaian yang ingin dibeli dan jika tidak yakin minta juga pandangan orang lain.


Jaket

Langkah terbaik andai si kurus memilih jaket dan vest untuk menutupi tubuh badan kurus. Selain menyerlahkan penampilan, ia secara tidak langsung menampakkan tubuh badan lebih besar.


Seluar

Jangan memilih seluar yang terlalu mengikut potongan. Mungkin pemakaian seluar boxer akan membantu mengubah saiz seluar walaupun sedikit.


Kasut

Mungkin hanya sekadar kasut tetapi pemilihan reka bentuk sesuai mampu memberi makna besar dalam penampilan. Si kurus sebaiknya bijak bermain warna dan tidak statik memilih kasut berwarna hitam. Lambakan kasut jejaka di pasaran termasuk warna-warna hangat mampu mengimbangi penampilan diri.


Aksesori

Jangan ragu memilih aksesori pelengkap gaya. Tidak salah lelaki menggayakan beg sandang, topi mahupun berkaca mata hitam. Si kurus wajar memanfaatkan aksesori
untuk mengimbangi tubuh badan mereka. Namun, jangan pula memilih aksesori terlalu sarat seperti penggayaan rantai di seluar dan lilitan gelang di tangan!


Saturday, July 21, 2012

Tip Badan Kekal Sehat,Bertenaga dan Cantik di Bulan Puasa

Salam Jumaat buat pembaca sekalian.. Tanggal 21 julai 2012 bersamaan dengan 1 Ramdhan 1433hjr seluruh umat islam akan menjalani ibadah mulia iaitu bulan puasa yang akan datang ini.. oleh itu aku igin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK kepada sesiapa yang mengenali diri aku ini.. marilah kita jalani bulan puasa ini dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.. Diharapkan Ramdhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.. Ok disini aku nk kongsi tip untuk kita bersama sempana menyambut Ramadhan ini.. jom....


1) BANYAK MINUM AIR KOSONG KETIKA SAHUR DAN SEPANJANG MALAM

Berpuasa bukan alasan untuk kita mengurangkan pengambilan air putih. Kekurangan air putih dalam tubuh badan menyebabkan kelesuan dan menyebabkan kulit kering, jerawat, sukar membuang air besar serta wajah kelihatan kusam. Bagi mengelakkan penampilan tampak kurang bermaya anda disaran minum banyak air putih sewaktu berbuka dan bersahur. Amalkan minum banyak air kosong walaupon sedang berpuasa. Minumlah 3 gelas air ketika bersahur dan 5gelas air bermula dari waktu berbuka sehingga sebelum anda tidur. Persatuan Dietetik British menyarankan individu menikmati sekurang-kurangnya dua liter air putih setiap hari. Tabiat itu membantu membuang toksin, mencantikkan kulit wajah dan badan.


2) APLIKASI SALAP BIBIR


Selain itu, sepanjang menjalani ibadah puasa anda turut mengalami masalah bibir kering dan menggelupas gara-gara kekurangan air. Oleh itu, biasakan diri mengoles salap atau pelembap bibir yang mengandungi vitamin C dan E yang membantu memberi kelembapan dan kesegaran berpanjangan. Jangan sesekali membasahkan bibir dengan lidah kerana ia membuatkan bibir bertambah kering.


3) BERSAHUR DAN BERBUKALAH DENGAN MENU SIHAT YANG SEIMBANG.


 Makanan untuk bersahur dan berbuka sebaiknya terdiri daripada 50-60% kandungan karbohidrat, 10-20% protein, 20-30% lemak, ditambah dengan vitamin dan mineral dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain daripada vitamin dan mineral, serat yang terkandung dalam buah dan sayuran amat bermanfaat dalam melancarkan proses pembuangan air besar. Disebabkan kita perlu menahan lapar dan dahaga lebih daripada lapan jam maka sewaktu bersahur kita wajar mengambil makanan yang berkhasiat dan membekalkan tenaga. Selain bijirin bersama susu segar atau oat yang dicampur bersama daging atau ayam, kita juga boleh menikmati hidangan buah-buahan yang berserat tinggi. Antaranya buah epal, pisang, jambu batu, prun atau pir.


4) PILIH MENU YANG BOLEH MENAIKKAN KADAR GULA DALAM DARAH DENGAN SEGERA


Menu yang boleh dipilih ketika berpuasa ialah makanan atau minuman yang manis seperti kurma. Makanan manis mempunyai karbohidrat sederhana yang mudah diserap dan mampu menaikkan kadar gula dengan cepat didalam darah yang turun akibat berpuasa selama 14jam. Selepas melaksanakan solat Magrib, anda boleh mengambil makanan sihat lengkat yang seimbang iaitu nasi, ikan, daging, tauhu, tempe dan sayur-sayuran. 



5) JANGAN TINGGALKAN SAHUR
Bentuk hidangan sahur adalah sama seperti berbuka puasa. Namun ambillah dalam kuantiti yang lebih kecil. Jangan tinggalkan sahur kerana sahur yangbaik membuatkan puasa anda lebih mudah. Makanan yang berprotein tinggi memerlukan proses pencernaan dan penyerapan yang lebih lama berbanding makanan berkarbohidrat tinggi. Hal ini menyebabkan kita tidak mudah lapar.


Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, di harapkan ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.. Puasa jangan x puasa.. wasalam...



Sumber : Majalah iSihat Julai 2012.