Salam jumaat yg penuh diberkati.. entry kali ni nak cerita pasal kekejaman seorang anak kepada seorang bapa.. adakah anda sanggup memperlakukan bapa anda seperti cerita dibawah ni?? munasabah diri semula.. untuk mengetahui cerita lebh lanjut.. jom baca cerita ni..
Usah bayangkan gambar ini orang lain. Bayangkan itulah diri kita selepas berada di dalam kubur kelak. Bahkan lebih teruk lagi sebenarnya. Tidak kira siapa kita. Apakah pangkat yang ada pada kita, samada kita adalah pemimpin negara yang mempunyai pelbagai gelaran serta mempunyai harta benda banyak sehingga tak habis makan sampai ke anak cucu atau hanyalah orang biasa yang tak mempunyai apa-apa, akhirnya.. beginilah rupa kita semua kelak. Menjadi sajian ulat-ulat, kala jengking...
Jadi apa yang ada? Tak ada apa.. kecuali segala amalan kita sahaja yang kita bawa bersama. Tapi selagi bernama manusia, hanya segelintir yang mampu mengambil iktibar. Bila mendengar ada berita kematian selalunya mereka akan berkata..'Oh.. si polan sudah mati rupanya..' Mereka lupa bahawa mereka juga bakal menerima nasib yang sama entah seketika nanti, esok, lusa atau bila-bila masa sahaja. Mereka masih lagi mampu bersembang pasal perniagaan ketika menziarah orang mati. Lebih teruk lagi masih boleh bergelak ketawa..
Munasabahlah bila nabi mengatakan bahawa orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingatkan mati. Kerana jelas, bila ingatkan mati manusia akan menjadi lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan budi bicara. Kalau nak buat sesuatu yang tak betul lantas hati kecil akan berkata..'Ni kalau aku buat, ditakdirkan aku mati sesaat selepas aku buat perkara tersebut dan tak sempat bertaubat..macamana?'Jadi selamatlah diri dari nak melakukan perkara yang bukan-bukan..
Jadi marilah kita sama-sama bermuahasah diri, renungkan kembali apa tujuan Allah jadikan kita di bumi ini. Adakah semata-mata untuk bangun tidur, makan, berkahwin, beranak pinak, berkerja, bermain... itu saja? atau untuk mengabdikan diri kepadaNya, pencipta kita yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang saban hari tak putus-putus memberi rezeki kepada kita dan sekelian makhluknya tanpa mengira Islam atau kafir, binatang atau tumbuhan... yang memberikan nikmat kesihatan kepada kita, yang membolehkan kita ke sana ke mari, yang memberi kita pertuturan kerana ada juga orang yang dikurniakan mulut dan lidah tapi tak mampu bercakap, yang memberi nikmat penglihatan kerana ada juga yang mempunyai mata yang pada zahirnya celik tapi tak mampu melihat dan bermacam-macam nikmat yang selama ini tidak kita sedari dan hargai melainkan bila Allah mencabut nikmat tersebut....
Sudah banyak perkara yang sia-sia kita lakukan. Saban waktu selama puluhan tahun. Cukuplah.. masa sekarang berlalu begitu pantas. Sedar-sedar kita sudah berada pada umur kita sekarang. Lihatlah sekeliling sudah berapa ramai saudara-mara, kawan-kawan yang telah pergi mendahului kita. Fikir-fikirkanlah dan buatlah perubahan pada hari ini juga. Masa kita sebenarnya sudah sangat suntuk.
p/s :'Ni kalau aku buat, ditakdirkan aku mati sesaat selepas aku buat perkara tersebut dan tak sempat bertaubat..macamana?'
p/s :'Ni kalau aku buat, ditakdirkan aku mati sesaat selepas aku buat perkara tersebut dan tak sempat bertaubat..macamana?'
4 comments:
astagfirullahalazim.... terima kasih.. entri yg menginsafkan :(
yer.. banyak2kanlah.. munasabah diri..
diciptakan jin dan insan adalah untuk menyembah dan beribadah kepada tuhan, allah swt..
sangat ngeri gambar yang di kongsi tu.. sampai dah reput macam tu
tu la.. ngeri tgok.. kesian pun ade.. hmmmm... banyak2 lah berdoa supaya kita slalu dirahmati oleh nya..
Post a Comment