Friday, March 16, 2012

Pelajari Persaudaraan 3 'Abdul'

Salam Jumaat buat pembaca sekalian, untuk santapan di hari jumaat ni aku nk kongsi ngan korang tetang persaudaraan 3 'Abdul' dalam cite P.Ramlee tu. Dari cerita tersebut kita boleh dapat beberapa iktibar yang baik dari karakter Abdul Wahub. kalau nk tau apa dye jom baca seterusnya : 

Abdul Wahab, Abdul Wahub dan Abdul Wahid 

Abdul Wahab, Abdul Wahub dan Abdul Wahid. itu adalah 3 bersaudara dalam filem 3 'Abdul' arahan P.Ramlee. Abdul Wahub adalah adik kepada Abdul Wahid dan Abdul Wahab. selepas kematian ayahanda meraka, Ismi Ulam Raja, maka kehidupan mereka yang suka berfoya-foya dan terlalu boros semakin menjadi-jadi. perubatan harta juga berlaku hasil daripada sikap tamak mereka.




plot cerita semakin segar apabila watak Abdul Wahud dikembangkan. Walaupun hidup dalam keluarga yang kaya dan suka berfoya-foya, Abdul Wahub tetap dengan pendiriannya. Tidak boros, menyedari hakikat kehidupan dan sentiasa memikirkan cara bagi mengubah corak kehidupan abang-abangnya. Berkat usaha beliau, akhirnya kekanda-kekandanya berubah melalui pelbagai perkara.

Karakter bagi Abdul Wahub yang boleh dicontohi adalah :

  • Tetap pendirian dan berani.
  • Tidak mudah terpengaruh dengan harta dan wang.
  • Berusaha untuk mengembalikan abang-abangnya ke pangkal jalan.
  • Bijak mengatur strategi.

Oleh itu, dapat disimpulkan melalui karakter Abdul Wahub ini ialah beliau berjaya menunjukkan corak persaudaraan yang islam mahu.

Oleh itu, kita boleh mengambil iktibar daripada kisah di atas. sebagai saudara mahupun rakan, kita perlu melorongkan mereka kepada Allah dan membawa mereka kembali ke pangkal jalan.



Wednesday, March 14, 2012

Sirih Junjung Adat Melayu Kita

Salam 1 Malaysia.. kali ni entry lain sikit dari yang sebelum ini.. aku nk cite pasal "sirih junjung adat melayu kita".. gambar gubahan sirih junjung kat bawah ni digubah oleh aq sendiri bersama kakak aku.. sbb buat sirih junjung ni sebab nk tolong jiran wat hantaran untuk anak dye.. Ok!! Biasanya, kalau kita pergi ke mana-mana majlis perkahwinan ataupun pertunangan, mata kita pasti akan manatap susunan barang-barang hantaran perkahwinan yang tersusun indah daripada kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. Dan kalau kita perasan, barang hantaran yang biasanya terletak di depan sekali ialah sirih junjung. So, hari nie kita akan kupas serba sedikit mengenai sirih junjung dan kenapa ia biasanya dijadikan sebagai ‘penghulu’ atau ‘kepala’ hantaran, sementara barang-barang yang lain dianggap sebagai ‘pengiring’hantaran.








Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung nie adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia juga membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami isteri. Ini kerana hidup setiap pasangan suami isteri tidak dapat ‘lari’ daripada segala suka dan duka. Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin. Kalau korang biasa tengok, tok nenek kita pada zaman dulu2 suka sangat mengunyah sireh nie kan..:-) tapi zaman sekarang memang susah nk jumpa.. sampai sini saja enty kali.. jumpe lagi di entry yg akan dtg.. daa..

Saturday, March 3, 2012

10 Haiwan Aneh

Salam 1 Malaysia. cuti sabtu ahad  ni mesti agak bosan sekiranya kita tak melakukan sesuatu aktivitikan.. so aku nk ajak korang intai entry baru aku ni yang bertajuk "10 Haiwan Aneh" yang belum kita penah tengok sebelum ni.. jom kita tengok haiwan tersebut.. 


1. HatchetfishIkan
Penghuni jurang ini tubuhnya sangat kecil (spesies terbesar yang dikenal hanya berukuran 12 cm), dan tidak berbahaya, tetapi wajahnya seperti mimpi buruk.Hatchetfish adalah bukti bahwa kita tidak perlu gigi tajam atau mata bersinar merah untuk menjadi seram. Ikan ini ditemukan di perairan tropis dan subtropis di seluruh dunia, memakan makhluk-makhluk yang lebih kecil di jurang, seperti copepoda (sejenis Crustaceae).




2. Kelelawar Hidung Tabung
Ditemukan di hutan hujan Filipina, kelelawar ini terancam memiliki salah satu wajah teraneh di antara mamalia. Telinganya yang gelap ditutupi bintik kuning, mata oranye dan tentunya hidung tabung yang membuat penampilannya mirip kartun. Kelelawar ini kebanyakan mengkonsumsi buah ara dan buah-buahan lainnya, tetapi terkadang mereka juga memakan serangga.


3. AxolotlSpesies
Spesies yang hanya ada di Danau Xochimilco, Meksisko, axolotl (artinya "monster air" dalam Nahuatl, bahasa Aztec) sebenarnya salah satu jenis salamander. Selain wajahnya yang lucu, mereka juga memiliki rambut merah unik yang merupakan insang yang menyerupai bulu. Spesies salamander ini biasanya mempertahankan kemampuan tubuhnya di seluruh hidupnya (disebut juga neotheny). Sayangnya, amfibia langka ini terancam punah kerana polusi dan diburu di beberapa bagian Meksiko untuk dimakan.


4. Aye Aye

Bisa dibilang primata dengan penampilan paling aneh (manusia tidak dihitung tentunya), aye aye punya telinga besar seperti kelelawar, mata yang kuning dan mirip sekali dengan Gremlins (sebuah film horor komedi di Amerika). Haiwan ini sebenarnya menjadi inspirasi bagi monster yang mirip Gremlin di serial film Primeval, di mana diceritakan keturunannya menghantui sebuah rumah kosong. Aye aye ditemukan di Madagaskar dan sangat terancam punah kerana perusakan habitat dan dibunuh karena orang-orang di negara itu sangat tidak menyukai makhluk tersebut kerana dianggap pembawa sial.


5. Monyet Hidung Pesek
Monyet hidung pesek sekilas memiliki hidung yang sama dengan Michael Jackson yang dioperasi. Lagi-lagi, haiwan ini adalah spesies yang terancam punah. Hanya ditemukan di Cina (termasuk Tibet) dan Vietnam. Mereka tinggal di gunung di ketingggian hingga 4000m, bersama beberapa primata yang beradaptasi dengan lingkungan dingin. Mereka terancam kehilangan habitatnya.












6. Tikus Tanah Hidung Bintang
Tikus ini diberi nama hidung bintang kerana bentuk daging pada hidungnya, yang ditutupi reseptor sensorik yang meningkatkan kemampuan sentuhannya, kerana sebenarnya pengelihatan haiwan ini sangat buruk. Tikus tanah hidung bintang ini tercatat merupakan perenang dan penyelam sekaligus penggali yang hebat. Layaknya tikus tanah lainnya, haiwan ini memakan cacing tanah, belatung dan apapun yang berlendir di tanah. Ditemukan di Kanada dan Amerika Syarikat bagian utara.

7. Tikus Mondok Telanjang
Tikus ini penampilannya tanpa bulu, kisut, kulit pucat pink dan memiliki mata hitam yang bercahaya. Tetapi satu hal yang sangat menarik perhatian adalah tonjolan dua giginya yang sangat besar sekali, yang sebenarnya tumbuh melalui bibir. Sehingga tikus ini tidak harus membuka mulut pada saat mengerat jalan di bawah tanah. Gigi ini begitu kuat sehingga tikus mondok telanjang terkenal bisa mengerat beton!

8. Tokek Buntut Daun
Tokek buntut daun adalah salah satu spesies yang sepertinya dibuat oleh kartunis. Haiwan ini mungkin memiliki mata paling aneh di antara haiwan lain, dan ketika membuka mulutnya, haiwan ini tampak seperti tersenyum lebar. Meskipun terlihat seperti reptilia paling bahagia (kerana senyumannya), sebenarnya mahkluk ini menderita kerana terancam kehilangan hutan hujan Malagasi sebagai rumahnya.










9. Potoo
Burung menakjubkan ini ditemukan di Mesiko, Amerika Tengah dan Selatan, dan terkenal kerana kemampuan kamuflasenya yang luar biasa. Memiliki wajah aneh, dengan mulut tersenyum, paruh pendek dan mata kuning, seolah mereka karakter kartun. Tidak berbahaya bagi manusia tetapi sangat berbahaya bagi serangga terbang dan kelelwara kerana predator ini terkenal rakus.












10. Ikan Kelelawar Hidung Merah
Meskipun tidak terlalu terkenal, ikan ini memiliki wajah yang cukup aneh. Bentuknya datar, hidungnya panjang dan runcing dan terlihat seperti terlalu banyak menggunakan lipstik. Keanehan alam ini ditemukan di Galapagos dan memiliki kerabat dekat di perairan Amerika Tengah. Haiwan ini merupakan perenang yang lambat dan lebih memilih menyeret dirinya di dasar laut menggunakan sirip sebagai tangan.