Wednesday, March 14, 2012

Sirih Junjung Adat Melayu Kita

Salam 1 Malaysia.. kali ni entry lain sikit dari yang sebelum ini.. aku nk cite pasal "sirih junjung adat melayu kita".. gambar gubahan sirih junjung kat bawah ni digubah oleh aq sendiri bersama kakak aku.. sbb buat sirih junjung ni sebab nk tolong jiran wat hantaran untuk anak dye.. Ok!! Biasanya, kalau kita pergi ke mana-mana majlis perkahwinan ataupun pertunangan, mata kita pasti akan manatap susunan barang-barang hantaran perkahwinan yang tersusun indah daripada kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. Dan kalau kita perasan, barang hantaran yang biasanya terletak di depan sekali ialah sirih junjung. So, hari nie kita akan kupas serba sedikit mengenai sirih junjung dan kenapa ia biasanya dijadikan sebagai ‘penghulu’ atau ‘kepala’ hantaran, sementara barang-barang yang lain dianggap sebagai ‘pengiring’hantaran.








Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung nie adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia juga membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami isteri. Ini kerana hidup setiap pasangan suami isteri tidak dapat ‘lari’ daripada segala suka dan duka. Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin. Kalau korang biasa tengok, tok nenek kita pada zaman dulu2 suka sangat mengunyah sireh nie kan..:-) tapi zaman sekarang memang susah nk jumpa.. sampai sini saja enty kali.. jumpe lagi di entry yg akan dtg.. daa..

No comments: