Salam Jumaat buat pembaca sekalian, untuk santapan di hari jumaat ni aku nk kongsi ngan korang tetang persaudaraan 3 'Abdul' dalam cite P.Ramlee tu. Dari cerita tersebut kita boleh dapat beberapa iktibar yang baik dari karakter Abdul Wahub. kalau nk tau apa dye jom baca seterusnya :
Abdul Wahab, Abdul Wahub dan Abdul Wahid
Abdul Wahab, Abdul Wahub dan Abdul Wahid. itu adalah 3 bersaudara dalam filem 3 'Abdul' arahan P.Ramlee. Abdul Wahub adalah adik kepada Abdul Wahid dan Abdul Wahab. selepas kematian ayahanda meraka, Ismi Ulam Raja, maka kehidupan mereka yang suka berfoya-foya dan terlalu boros semakin menjadi-jadi. perubatan harta juga berlaku hasil daripada sikap tamak mereka.
plot cerita semakin segar apabila watak Abdul Wahud dikembangkan. Walaupun hidup dalam keluarga yang kaya dan suka berfoya-foya, Abdul Wahub tetap dengan pendiriannya. Tidak boros, menyedari hakikat kehidupan dan sentiasa memikirkan cara bagi mengubah corak kehidupan abang-abangnya. Berkat usaha beliau, akhirnya kekanda-kekandanya berubah melalui pelbagai perkara.
Karakter bagi Abdul Wahub yang boleh dicontohi adalah :
- Tetap pendirian dan berani.
- Tidak mudah terpengaruh dengan harta dan wang.
- Berusaha untuk mengembalikan abang-abangnya ke pangkal jalan.
- Bijak mengatur strategi.
Oleh itu, dapat disimpulkan melalui karakter Abdul Wahub ini ialah beliau berjaya menunjukkan corak persaudaraan yang islam mahu.
Oleh itu, kita boleh mengambil iktibar daripada kisah di atas. sebagai saudara mahupun rakan, kita perlu melorongkan mereka kepada Allah dan membawa mereka kembali ke pangkal jalan.
No comments:
Post a Comment