Salam Jumaat buat pembaca sekalian.. Tanggal 21 julai 2012 bersamaan dengan 1 Ramdhan 1433hjr seluruh umat islam akan menjalani ibadah mulia iaitu bulan puasa yang akan datang ini.. oleh itu aku igin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK kepada sesiapa yang mengenali diri aku ini.. marilah kita jalani bulan puasa ini dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.. Diharapkan Ramdhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.. Ok disini aku nk kongsi tip untuk kita bersama sempana menyambut Ramadhan ini.. jom....
1)
BANYAK MINUM AIR KOSONG KETIKA SAHUR DAN SEPANJANG MALAM
Berpuasa bukan alasan untuk kita mengurangkan pengambilan air putih. Kekurangan
air putih dalam tubuh badan menyebabkan kelesuan dan menyebabkan kulit kering,
jerawat, sukar membuang air besar serta wajah kelihatan kusam. Bagi mengelakkan
penampilan tampak kurang bermaya anda disaran minum banyak air putih sewaktu
berbuka dan bersahur. Amalkan minum banyak air kosong walaupon sedang berpuasa.
Minumlah 3 gelas air ketika bersahur dan 5gelas air bermula dari waktu berbuka
sehingga sebelum anda tidur. Persatuan Dietetik British menyarankan individu menikmati sekurang-kurangnya
dua liter air putih setiap hari. Tabiat itu membantu membuang toksin, mencantikkan
kulit wajah dan badan.
2) APLIKASI SALAP BIBIR
Selain itu, sepanjang menjalani ibadah puasa anda turut mengalami masalah bibir
kering dan menggelupas gara-gara kekurangan air. Oleh itu, biasakan diri
mengoles salap atau pelembap bibir yang mengandungi vitamin C dan E
yang membantu memberi kelembapan dan kesegaran berpanjangan. Jangan sesekali
membasahkan bibir dengan lidah kerana ia membuatkan bibir bertambah kering.
3)
BERSAHUR DAN BERBUKALAH DENGAN MENU SIHAT YANG SEIMBANG.
Makanan untuk bersahur dan berbuka sebaiknya terdiri daripada 50-60%
kandungan karbohidrat, 10-20% protein, 20-30% lemak, ditambah dengan vitamin
dan mineral dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain daripada vitamin
dan mineral, serat yang terkandung dalam buah dan sayuran amat bermanfaat dalam
melancarkan proses pembuangan air besar. Disebabkan kita perlu menahan lapar dan dahaga lebih daripada lapan jam maka
sewaktu bersahur kita wajar mengambil makanan yang berkhasiat dan membekalkan tenaga. Selain bijirin bersama susu segar atau oat yang dicampur bersama daging atau
ayam, kita juga boleh menikmati hidangan buah-buahan yang berserat tinggi.
Antaranya buah epal, pisang, jambu batu, prun atau pir.
4)
PILIH MENU YANG BOLEH MENAIKKAN KADAR GULA DALAM DARAH DENGAN SEGERA
Menu yang boleh dipilih ketika berpuasa ialah makanan atau minuman yang manis
seperti kurma. Makanan manis mempunyai karbohidrat sederhana yang mudah diserap
dan mampu menaikkan kadar gula dengan cepat didalam darah yang turun akibat
berpuasa selama 14jam. Selepas melaksanakan solat Magrib, anda boleh mengambil
makanan sihat lengkat yang seimbang iaitu nasi, ikan, daging, tauhu, tempe dan
sayur-sayuran.
5)
JANGAN TINGGALKAN SAHUR
Bentuk hidangan sahur adalah sama seperti berbuka puasa. Namun ambillah dalam
kuantiti yang lebih kecil. Jangan tinggalkan sahur kerana sahur yangbaik
membuatkan puasa anda lebih mudah. Makanan yang berprotein tinggi memerlukan
proses pencernaan dan penyerapan yang lebih lama berbanding makanan
berkarbohidrat tinggi. Hal ini menyebabkan kita tidak mudah lapar.
Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, di harapkan ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.. Puasa jangan x puasa.. wasalam...
Sumber : Majalah iSihat Julai 2012.