Friday, July 20, 2012

Konservasi Penyu Perak

Salam 1 Malaysia.. jom berjalan-jalan ke Segari Lumut Perak.. kali ni enrty aku nk cite pasal Pusat Konservasi penyu di Segari ni.. Untuk ke Segari ni tidak jauh dari bandar Manjung hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari manjung..Ianya juga terletak betul-betul bersebelahan dengan Baitul Hilal iaitu tempat melihat anak bulan bagi menentukan tarikh puase.. Pusat Konservasi penyu Segari ini dibuka pada setiap hari dari jam 8.00pg-5.00ptg kepada para pengungjung, Masuk adalah percuma.. 





Terdapat 2 jenis spesies penyu di negeri Perak ini iaitu Penyu Agar (Cheloniomydas) dan juga Penyu Lipas (Lepidochelysh Olivacea). Penyu-penyu ini akan mendarat dan bertelur di pantai PasirPanjang, Segari yang menjadikan tempat pendaratan utama di negeri Perak ini..

Tengok tu..anak-anak penyu yang sangat comel..




Ini merupakan Penyu Lipas atau nama saintifiknya "Lepidochelys olivasea" adalah penyu yang terkecil antara semua jenis penyu yang terdapat di dunia. Purata Bagi saiz badan seekor Penyu Lipas adalah antara 15-65cm panjang dengan berat badannya sehingga 50kg.




Penyu Agar atau nama saintifiknya ialah "Chelonia mydas" juga dikenali sebagai "penyu hijau" disebabkan kandungan lemak badannya yang berwarna hijau. Warna badannya adalah coklat tua atau kehitam-hitaman, Hanya penyu ini sahaja yang mempunyai satu kuku di kedua-dua kaki renang hadapan. Saiz badannya lebih kurang 1.2 meter dan beratnya boleh mencapai sehingga 270 kg.

Gelari yang terdapat di Pusat Konservasi penyu ini..



Ini merupakan Tapak Penetasan bagi telur-telur penyu.. Penyu yang telah mendarat untuk bertelur di sekitar pantai PasirPanjang ini akan meninggalkan telurnya.. maka pekerja yang mempunyai lesen akan memungut telur-telur penyu ini dan akan di letakkan di tapak penetasan ini bagi tujuan untuk melindungi telur penyu tersebut dari sebarang ancaman..




Pantai PasirPanjang segari yang sungguh indah dan belum di cemari lagi.. di sinilah penyu-penyu akan mendarat untuk bertelur dan di pantai ini jugalah anak-anak penyu akan di lepaskan ke laut..



Seterusnya kami melawat Baitul Hilal yang bersebelahan dengan Pusat Konservasi Penyu tadi.. Baitul Hilal ini merupakan tempat untuk melihat anak bulan Ramdhan.. setiap kali menjelang Ramdhan orang ramai berpusu-pusu datang ke sini untuk melihat anak bulan..

Ini merupakan menara pandang di Baitul Hilal ini..

Pejabat Baitul Hilal..



Salah satu tempat yang menarik untuk di lawati di lumut ialah Taman Paya Bakau.. Bagi keluarga yang bercuti ke sini bagus sekiranya bawa anak-anak bagi mempelajari sesuatau tentang paya bakau ini.. Masuk ke taman ini adalah percuma..



Pokok Paya bakau..Awas!! banyak monyet liar yang berkeliaran disini.. jaga barang-barang yang anada bawa..




Apa yang menarik di Taman Paya Bakau ini ialah terdapat banyak pokok bakau dengan akar-akarnya yang bnyak.. Di samping itu, di taman ini juga terdapat jambatan pejalan kaki dan titi gantung yang boleh pengungjung naiki.. Sambil-sambil berjalan tu dapatlah melihat habitat yang hidup di Paya Bakau ini seperti monyet, ketam dan burung-burung..


Pokok Paya Bakau dengan akr-akar yang bnyak..



Ini merupakan paya.. di akhir pejalanan di dalam taman paya bakau ini anda akan melihat satu sungai di situ..  Permandangannya sangat cantuk..bot-bot nelayan menggunakan sungai itu untuk kelaut..



Memang best jalan-jalan kat lumut ni, banyak tempat yang menarik yang boleh dilawati.. Ruangkan masa anda untuk bercuti di Perak ni, banyak tempat yang boleh di lawati pasti tak rugi..samapi sini saja enrty untuk kali ini.. jumpa lagi..

No comments: