Thursday, July 12, 2012

Gunung Lang

Salam 1 Malaysia. Jumpa lagi anda di entry destinasi menarik.. kali ni aku nak bawa korang semua melawat sebuah destinasi yang menarik iaitu "Gunung Lang" yang terletak di utara pusat bandaraya Ipoh Perak, sempena tahun melawat Perak la katakan.. Jom terokai Gunung Lang ini..



Untuk sampai ke kawasan rekreasi Gunung Lang ini ianya berhampiran dengan susur keluar lebuh raya utara selatan. dimana pengungjung tidak perlu bersusah payah untuk masuk ke pusat bandara Ipoh. Ia merangkumi kawasan seluas 30.35 hektar dan mempunyai tasik seluas 14.16 hektar yang dianugerahkan berlatarbelakangkan gerombolan bukit batu kapur yang sangat indah.



Permandangan di sekitar tasik ini. Memang best penuh dengan kehijauan..


Jety menunggu bot untuk pergi ke Taman Rekreasi yang dibina di seberang sana.. Kawasan Rekreasi ini dibangunkan berdasarkan konsep eko pelancongan yang meminimumkan pembangunan infrasruktur semulajadi bagi mengekalkan keunikan flora dan fauna yang terdapat di Gunung Lang ini.




Di taman rekreasi ini juga terdapat zoo mini yang boleh kita lawati. Terdapat perliharaan jinak yang di jaga di sini antaranya seperti ayam, burung. arnab, rusa dan macam-macam lagi.. 










Dinasor pun ade juga.. kala x caya boleh datang sendiri.. =)


Ini merupakan Menara Pandang.. terdapat dua buah menara pandang yang terdapat di taman rekreasi ini.. Menara ini betujuan untuk pengunjung yang datang kesini bagi melihat keindahan dengan lebih jelas sekitar gunung dan tasik disini.





Kawasan rekreasi Gunung lang ini memiliki pelbagai keunikan dan keistimewaan di antaranya air terjun buatan manusia, laluan pejalan kaki melalui kawasan paya sepanjang 2 km, Menara pandang, kawasan permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan dan kegunaan awam seperti tandas dan surau.






Rumah-rumah rehat yang terdapat di Taman Rekreasi ini yang bercirikan rumah kampung. memang sangat best bila berada dalam rumah ini kerana cukup dengan kemudahanya seperti lampu dan kipas. suasana kampung dapat dirasai.


Cak!!!


Setelah puas ronda-ronda dalam taman tadi tiba masanya pulang semula. Kalau nak tau di tasik ini terdapat pelbagai jenis spesies ikan air tawar yang hidup dalam tasik ini antaranya ikan keli, talapia dan banyak lagi. sempat juga bagi ikan-ikan ni makan. makanan ikan ada dijual hanya RM1/pack..







Keindahan gerombolan bukit batu kapur yang ada di Gunung Lang ini.Cantik kan.. Pelbagai aktiviti juga yang boleh dijalankan di kawasan rekreasi ini seperti memancing, perkhemahan, mendaki bukit, merentas belukar, mengua dan seumpanya. Bagi pasangan bercinta memang best tempat ini kerana susananya yang tenang dan romantik dapat dirasai.. Sampai disini sahaja entry untuk kali ini.. 
Akhir kata "so apa tunggu lagi JOM TEROKAI PERAK"..

3 comments:

TUGAU GATES said...

i nak sgt tunggang dinosor

SuhaZainul said...

hahaha.. sila kan..

Anonymous said...

Bole mancing ke kat situ?