Wednesday, January 1, 2014

DUA RIBU EMPAT BELAS

Salam tahun baru buat semua pembaca yang disayangi. Pejam celik pejam celik sudah cukup 365 hari kita lalui, kini kita lalui lagi untuk 365 hari yang akan datang. Saya yakin tahu 2013 ini banyak memberi seribu makna sama ada kenangan pahit ataupun manis buat diri saya dan anda semua. Mana yang pahit itu kita jadikannya sebagai pengajaran untuk kita semua, semoga di tahun yang baru ini kita menjadi lebih baik.


sebelum saya memulakan entry baru ini saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 buat semua pembaca setia. Bila masuk saja tahun baru mesti ramai yang akan pasang azam yang gempak-gempak, betul tak? tapi semua itu belum tentu lagi menjadi, betul kan? Kenapa perkara seperti ini boleh beraku? jom kita selidik sekarang..

AZAM MAT JENIN

Ini memberi maksud azam yang tidak mampu direalisasikan. kita sepatutnya tahu tahap kemmapuan kita, kerana diantara kita mempunyai tahap yang berbeza. biarlah azam itu adalah perkara yang masih lagi berada dalam tahap kemampuan kita. sebagai contoh ; anda berazam memiliki sebuah kereta sport dalam masa satu tahun. Anda pula memerlukan kerja yang gajinya kurang daripada RM1500 dan tidak melakukan kerja sampingan lain. kemungkinan hasilnya adalah perasaan kecewa.

Solusi : jangan salahkan gaji, Sebaliknya letakkan targetby target untuk memiliki kereta atau motosikal yang sesuai dengan tangga gaji sehinggakan tercapainya kereta idaman anda. lakukan perubahan gaji dengan melakukan kerja sambilan yang membantu dalam mencapai azam tersebut.

SUKA BERTANGGUH

Ini satu penyakit yang kerap melanda apabila bercakap tentang azam tahn baru. Gejala suka bertangguh. impikan badan sehebat personaliti hebattapi bila waktu untuk ke gym, kita suka bertangguh. "ala, esoklah pergi gym". Bro, jika ini selalu satu azam pun takkan kesampaian.

Solusi : Selalu cabar diri untuk bertindak. Setiap hari, sentiasa ingatkan diri sendiri tentang matlamat yang telah kita tetapkan.

TIADA WAKTU SESUAI

Masa terbaik selalu muncul dalam hidup tetapi gagal untuk meggunakan masa tersebut. Ada kalanya tugasan kerja dan tanggungjawab tehadap keluarga menjadi alasan untuk anda melupakan kerja yang telah anda lakukan. Anak-anak dan isteri keluar melawat kakak ipar. Rasanya inilah masa yang terbaik untuk kita menyudahkan kerja-kerja ingin dilakukan.

Solusi : Jangan 'cincai-cincai' sebaliknya mulakan perubahan dengan perancangan dn pembahagian masa yang sebaiknya. lagi bagus kalau kita sediakan satu 'schedule' ini lebihbaik.

TENTUKAN MISI VISI

Menukar gaya matlamat adalah kaedah 'bantuan' mencapai misi kita. Setidaknya ia mampu manbatu kita dalam melaksanakan azam baru kita. Sebagai contoh ;
  • "Tahun ini saya nak menabung sehingga RM2000' Tukar pada 'nanti dapat duit claim, saya akan menabung 10% dari duit tersebut."
  • "Saya mahu jadi penyabar' Tukar pada 'bila saya marah, saya akan tarik nafas tiga kali."
  • "Saya tidak mahu ponteng lagi pergi ke gym lagi' tukar pada 'Hari khamis dan jumaat, maka itu adalah masa saya ke gym jam 5 petang."

Inilah serba sedikit yang saya dapat kongsikan untuk kita di tahun baru ini, semua ini ehsan dari bahan bacaan saya. Semoga apa yang telah dibaca ini akan mendapat serba sedikit membantu kita untuk merealisasikan azam tahun baru kita ini. sekian sahaja entry untuk kali ini. jumpa lagi.. 




3 comments:

Sobri Yaacob said...

pkongsian yg menarik bro..tq sharing..

SuhaZainul said...

yup sob.. lame dah aq x beblog ni.. sangap giler!!! hahaha

Sobri Yaacob said...

itulah baca firsh etry ko tahun ni buat aq teruja gila!!!!! ha..ha..