Saturday, July 7, 2012

Cameron Highlands

Salam 1 Malaysia.. hari ni aku nk bawak korang semua terokai satu destinasi yang menarik di negeri Pahang Darul Makmur ini iaitu Cameron Highlands.. hai !! masih terbayang lagi percutian di Cameron Highlands ni, memang best.. Banyak aktiviti yang boleh kita buat bila pergi bercuti di Cameron Highlands ni. Banyak tempat menarik yang boleh kita singgah. so ape tggu lagi jom tgok gambar di sana..

 Permandangan semasa perjalanan ke Cameron melalui jalan Tapah.. banyak rumah orang asli di sana dan ada yang berjual di tepi-tepi jalan. jalan untuk sampai ke sana sangat la bahaya kerana jalan bengkang bengkok mcm ular.. kalau siapa yang x tahan boleh termuntah dan pening..

sebelum sampai ke detinasi kami singgah dulu di Latar Iskandar untuk menghirup udara nyaman disini.. air terjunnya sangat cantik dan sejuk.. rugi siapa yang dah sampai di sini tapi tak mandi.. Latar iskandar ini terletak di negeri Perak lagi.. singgah dulu untuk beli cenderahati di sini..

Air terjun di Latar Iskandar..



Sekarang kami dah sampai di Cameron Highlands.. wow rase angin yang dingin "sejuk jer".. sebelum tu tangkap gambar dulu untuk wat kenangan.. hehehe..

Ini ialah destinasi pertama kami di Cameron Highlands ni iaitu Taman Madu Lebah.. di taman ini adalah tempat ternakan lebah di panggil Honey Bee Farm. pada hari kami pergi ke sana tak banyak lebah kelihatan kerana semuanya seperti bersembunyi di dalam kotak yang disediakan khas untuk lebah-lebah ini. hmm..

Cameron Highlands terkenal dengan hasil tanaman segar seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada juga yang jarang didapati di tempat lain.  Kami seterusnya pergi ke ladang teh iaitu Cameron Valley teh yang terkenal di Cameron Highlands ni.



ladang tehnya sangat luas yang menutupi bukit bukau di sini.. penat letih semua ada masa berjalan di dalam ladang ini.. tapi x perlu risau kerana di ladang teh ini tersedia trak untuk berjalan kaki.. 




Dalam kawasan ladang teh Cameron Valley ini ada terdapat kilang memproses teh. kita boleh datang melawat kilang tersebut secara PERCUMA. Di sana kita dapat tengok peringkat-peringkat dan proses yang perlu dilalui dalam menghasilkan teh Cameron Valley ini. Kedai menjual Teh pun ada terdapat di ladang teh ini.

Memang tak lengkap percutian di Cameron Highlands ni sekiranya tak singgah melawat kebun strawberry yang terkenal di Cameron highlands. kami melawat Strawberry Park. Di sana kami dapat tengok tanaman strawberry secara real depan mata. 


Strawberry di sini segar-segar.. pengunjung yang datang kesini boleh memetik sendiri buah strawberry ni sendiri tetapi perlu bayar.. strawberry yang di petik memang manis.. 


Di kebun strawberry ini juga terdapat tanaman anggur hijau yang segar.. tak tahan rasenye bile tengok buah-buah anggur ini berjuntai di atas kepala rase nak petik jer.. 

Di dalam kebun strawberry ni juga terdapat restoran dan kedai-kedai cenderahati.. kami singgah dulu untuk merasai makanan berasaskan strawberry ini.. mmg sedap. 


Kebun-kebun sayur yang terletak bersebelahan dengan kebun strawberry ini.. Sayur yang ditanam nampak segar bugar.. 

Selain melawat kebun strawberry, kami melawat ke tempat penanaman dan perjualan Pokok Kaktus pula.. di sini kami dapat melihat pelbagai jenis pokok kaktus yang sebelum ini yang tak pernah dilihat.. terdapat pelbagai saiz dan bentuk.. kalau sesiapa yang memang minat dengan  pokok kaktus ini.. memang jadi gila bila sampai di kebun kaktus ni.. banyak pilihan yang boleh dipilih..


Sebelum pulang kerumah kami sempat singgah di pasar malam Brinchang yang mana pasar malam ini menjadi tempat tumpuan ramai pengunjung sama ada dalam dan luar negeri yang datang ke Cameron Highlands ini untuk shopping barang-barang hasil tani yang dijual seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi. barangan yang dijual disini murah dan berpatutan.. sempat juga kami membeli buah strawberry dan sayuran disini untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk jiran-jiran..

Ini strawberry coklat yang banyak di jual di pasar malam Brinchang ini..


Percutian di Cameron Highlands sehari memang tidak cukup.. macam ade lagi tempat yang belum dilawati.. penat pun ade.. tapi best dengan udara yang nyaman dan sejuk hilanng rase penat.. bagi sesiapa yang belum ke sini.. sila lah datang pasti tidak merugikan.. ok sampai disini saja entry untuk kali ini.. Selamat bercuti =)

2 comments:

yayahidayah said...

wah... seronoknye pegi cameron... dh lame x kesana... selamat minum teh strwbrry byk2... haha... hv a nice dy... <3

SuhaZainul said...

hehehe.. dtg la ke cameron highlands yaya.. da pus minum dah..