Sunday, September 11, 2011

Menarik Di Teluk Intan Perak


Salam 1 malaysia.. kali ini saya ingin membawa anda semua menjelajah kesebuah destinasi yang agak menarik di negeri Perak Darul Ridzuan dimana tempat saya dilahir kan iaitu di Teluk Intan Perak.. Mesti segilintir yang penah tahu di mana lokasi tersebut dan penah menjejakinya.. jom saya bawa anda berjalan2 di Teluk Intan.. JOM!!!


Ini adalah mercu tanda kemengahan teluk intan iaitu menara condong (leaning tower)
Ok sebab apa ade gambar menara pisa ngan menara pagoda tu.. sebab menara tersebut mempunyai persamaan.. persamaan menara condong teluk intan dengan menara pisa di itali ialah kedua2 nya condong.. manakala menara pagoda dan menara condong ialah bentuk seni binanya seperti kebanyakkan bangunan di china. (=

Sejarah Teluk Mak Intan

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan

Sejarah Pendudukan Inggeris.

Setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.

Sejarah Pendudukan Jepun.

Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.



Bentuk muka bumi yang membentuk  ke daratan dan berbentuk U sekitarnya sisiran sungai.. Oleh kerana letaknya yang strategis, teluk ini banyak dimanfaatkan sebagai pelabuhan. 

pintu masuk menara condong.. nk tau apa di ada dalam menara tersebut.. datang lah ke sini..


Menara di waktu malam.. ramai yang datang untuk melihat lampu di menara tersebut.. da beriadah di sekitar menara.. 




Yang ini plak adalah "Batu Tenggek" (sitting Boulder) yang terletak di persimpangan di pusat bandar teluk intan. batu ini dipercayai diletakkan oleh seorang askar British dan saiznya pada waktu itu adalah sebesar satu kotak mancis. setelah beberapa tahun kemudian batu yang kecil menjadi besar sehingga mencapai saiz batu yang besar.. mcm dalam gambar tu.. besarkan?? sebab apa batu ini boleh membesar ialah.. setelah pemeriksaan lebih dekat dibuat, bahan-bahan yang terdapat dibatu tersebut seperti kristal boleh dilihat di seluruh permukaan batu. kristal tersebut telah mengembang dan membuatkan saiz batu tersebut betukar dari masa kesemasa. Batu Tenggek kini menjadi sebahagian memorial perang yang dibina untuk mempeingati Perang Dunia I dan Perang Dunia !!. 


Masjid daerah Sultan Idris II ( Teluk Intan ) terletak bersebelahan dengan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak..



Kalau datang kesini. xperlu takot la... banyak tempat penginapan yang boleh didapati.. dari motel, homestay, chalets sampai la ke hotel.. semua ada.. Ni antara hotel yang terkenal kat teluk intan.. harganya insyaallah berpatutan.


Ini lah balai polis teluk intan seketika dahulu.. sekarang dah ada balai polis baru.. 

Bangunan lama mahkamah teluk intan. seni bina yang sangat cantik ala-ala english style..




Selain itu, terdapat juga pasa raya bagi mereka yang suke bershopping.. yang menjadi tumpuan para penduduk di sekitarnya di waktu hujung minggu.. 

 Terdapat juga cinemas yang menjadi tumpuan bagi muda mudi disni.. Big Cinemas
  

 Sungai perak.. kat sini terdapat ramai kaki2 pancing pada sebelah petang yang memancing disekitar sungai ini.. kat sini juga terkenal juga dengan memancing udang galah.


Ini adalah antara pusat pengajian yang terdapat di Teluk Intan.. iaitu UITM kampus perubatan dan Kolej Komuniti Teluk Intan.


Pada setiap malam ramai peniaga-peniaga berniaga barang seperti baju, tudung, barang rumah dan macam-macam lagi di Uptown.. manakala pada hari sabtu malam ahad pula pasar malam.. best!!



Banyak tempat menarik yang masih belom diterokai lagi di teluk intan ni.. bagi photorapher disini tempat yang agak sesuai untuk bergambar.. kerana terdapat seni bina bangunan yang menarik, pemandangan yang cantik dan banyak lagi.. oleh itu, mari lah kita melancong ke sini.. " moh la kite"




14 comments:

sobri yaacob said...

info yg mnarik..
hpe one day dpt pg sana..
byak tip dpt..
utk memudahkan pcutian..

SuhaZainul said...

insyaallah..
mari lah kesini sobri..

SuhaZainul said...

insyaallah..
mari lah kesini sobri..

Paris Hilton (M) said...

wow, penah sampi ke menara condong tu jerr

SuhaZainul said...

wau.. bgus la tu.. cantek kan,,,

Yasmin ♥ said...

Menarikknye .
Dah bosan tengok menara berkembar .
Nak tengok yg condong pulak ! Haha
Nak melawat sane la nnt ;)

SuhaZainul said...

OK.. sila.. bwk camera skali.. =)

Anonymous said...

best ooo..

sulaiman@manz said...

nice info..december ni nk pegi sane..hee :P

Anak KoKo said...

x sngka ader cte psl teluk intan kt sni,but pape pown TELUK iNTAN mmg bez!!! ;)

Anonymous said...

saya insyaallah akan pie minggu ni

normazlina yaacub said...

Dlm perjalanan ke teluk intan ni... :)

aswadz said...

dah lama x menjejak kaki ke teluk intan.

yaya said...

My home town..