Wednesday, September 7, 2011

Tips Untuk Elak Dicuri & Dirompak

Sebelum ni kita sering degar banyak cerita @ berita mengenai kecurian dan rompakan. perkara ini banyak kali berlaku dalam sebulan mungkin ada 1 atau 2 kes macam ini. Untuk mengelakkan dari dirompak, dicuri dan diragut saya cuba bagi tips yg menarik dan boleh dikongsi besama..


 VIDEO rompakan di sebuah restoran mamak di shah alam...


 :: Tips-tips elak dari Kecurian & Rompakan ::
  1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). 
  2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka)
  3. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
  4. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).
  5. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
  6. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
  7. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
  8. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

:: Tips elak ragut ::
  • Jika berjalan kaki ikut arus kenderaan yang bertentangan supaya boleh nampak jika ada sebarang keadaaan yang mencurigakan.
  • Rapatkan beg ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan sekali gus menunjukkan tanda dalam keadaan berhati-hati.
  • Bawa dompet kecil yang diletakkan di dalam kocek ketika keluar berjalan-jalan.
  • Usah letak dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.
  • Elak pakai barang kemas yang boleh dilihat dengan jelas oleh peragut.
  • Tidak sesuai diletakkan beg tangan dalam bakul motosikal.


:: Tips yang ni sempoi dan masih boleh diterima pakai  ^.^
  1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan rantai emas atau rantai besi atau atau pun duit syiling. Kalau rase tak cukup....boleh pasang kawat berduri di sekeliling rumah.... Biar pagar je takde pagar berduri...Ermm... macam penjara jer....hihihi
  2. Untuk melindungi kereta anda, hodohkan kereta anda....Bagi nampak buruk....langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda. Senang citer memang korang sendiri pun dah tak leh pakai... sape nak rompak kan...he he
  3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong. Bawak minyak dalam botol...konon-kononnya air bekal la tu....tapi pastikan jangan botol jernih....sebab nanti orang lain akan salah anggap yang korang bawak air kencing sendiri.....:D
  4. Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka. Make-up kan sikit anak anda.....bukan bagi hensem atau cantik....bagi nampak comot.....ngahahaha
  5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!). Jangan duk tunjuk gelang sampai ke lengan tu...jangan duk tunjuk rantai gajah tu.... Kalau nak tunjuk gak......kalau kene rompak...jangan salahkan orang lain.....hihihi


Harap tips-tips yang diberikan memberi manfaat kepada kita semua. Jaga keselamatan diri dan harta benda anda tidak kira dimana jua anda berada. event kalu kita di temapat terbuka seperti  kedai mamak sekali pun boleh dirompak. Gunakanlah tips yang diberi untuk mengelakkan dari dicuri,dirompak dan diragut.. 
sekian terima kasih.


2 comments:

Ahmad Ismi said...

Follow u
iyer...mmg susah jugak bila orang skung x pilih mngsa...so..kasi remuk l;a kreta ....or beli kereta buruk je.,..biar diorang ni x bernafsu mau rompak@curi ^^V

SuhaZainul said...

yes,,, btul tu.. tp xdpt la nk begaye.. hmmm...