Wednesday, September 14, 2011

Rahsia Bunga

BUNGA MATAHARI 


Bunga Matahari mempunyai rahsia tersendiri. Dikatakan bunga matahari mampu meredakan kesakitan ketika datang haid, masalah keputihan, menambah nafsu makan, mengurangkan tekanan darah tinggi, sakit kepala, radang sendi dan juga malaria. Caranya, rendamkan bungan matahari di dalam air sehingga layu dan airnya dijadikan minuman, kemudian rasai perubahan pada diri anda.







BUNGA CAMELIA



Bunga Camelia dikatakan boleh membantu meringankan sakit kepala dan magrain. Selain itu, bunga ini boleh dijadikan ubat penenag dan dapat mententeramkan mood sesorang, caranya, ambil beberapa kuntum bunga camelia dan rendamkan kedalam air bersih selama 24 jam, minum airnya setiap pagi, insyaallah ianya berkesan.







BUNGA MAWAR


Bunga Mawar bukan sekadar perhiasan. Bunga mawar juga boleh dijadikan ubat antiradang, antikejang, penyegar, melancarkan tugas hempedu dan melancarkan kitaran haid. Caranya, rendam bunga mawar di dalam air bersih selama 24 jam kemudian minum airnya. minumlah sedikit demi sedikit untuk mengetahui sama ada badan kamu dapat menerimanya atau tidak sekiranya mendapat tindakan positif lakukan lebih kepada untuk mendapatkan kesan maksimum.




BUNGA CEMPAKA


Bunga Cempaka dikatakan mampu mengatasi masalah pembungan air kencing tidak lawas dan merawat bisul. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga cempaka dan bersihkan terlebih dahulu, selepas itu, rebus sehingga mendidih tunggulah sehingga airnya suam dan minum. untuk melegakan bisul pula, ambil beberapa helai daun cempaka segar dan tumbuk lumat. selepas itu, letakkan di tempat berbisul tadi. Insyaallah kesakitan anda alami akan berkurangan.





BUNGA MELATI


Ketahuilah rahsia bunga melati. setiap bahagian bunga melati mempunyai khasiat tersendiri. Daun melati boleh dijadikan ubat sesak nafas. caranya campurkan 10 helai daun melati bersama tiga gelas air dan sedikit garam dan rebus sehingga mendidih. Kemudian minum airnya untuk menghilangkan bengkak kesan gigitan lebah. Caranya, ramas bunga melati sehingga hancur, kemudian tampal pada bahagian yang terkena bunga melati sehingga hancur, kemudian tampal pada bahagian yang terkena gigitan lebah tadi. Lakukan sehingga lebam dan bengkak beransur pulih..

2 comments:

Anonymous said...

Bunga Melur takde ?? :D

SuhaZainul said...

nnty sya create kan.. bunga melur n jasmine.. =) hehehe