Monday, December 19, 2011

Cara Menambahkan Berat Badan

Salam 1 Malaysia.. Hari ini saya nak kongsikan dgn kawan2 tentang tip mengenai cara menambah berat badan. Artikel ini menceritakan khas untuk mereka yang dikategorikan sebagai kurus dan ingin mendapatkan bentuk badan yang diingini. Artikel ini sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur, sama ada lelaki mahupun perempuan.Antara tips cara menambah berat badan yang boleh digunakan adalah : 


  • Niat. Untuk berjaya, kita perlu tetapkan niat dalam hati agar segala tips yang dikongsikan dapat dilakukan dengan baik.
  • Makan roti. Roti mengandungi kalori yang tinggi berbanding nasi. Pengambilan kalori yang banyak akan membantu mempercepatkan penambahan berat badan.
  • Jangan tinggal waktu makan. Dengan makan yang cukup akan dapat menastikan badan kita sentiasa mendapat kadar protein, garam galian dan kalori yang mencukupi.
  • Makan banyak kali. Maksudnya makan dengan kadar yang mengenyangkan tetapi banyak kali selepas beberapa jam. Bukan makan banyank sekali gus... Orang yang berbadan besar sering dikaitkan dengan makan banyak. Tetapi bezanya sini kita makan makanan yang berkhasiat dan yang sesuai untuk menambah berat badan.
  • Mengambil makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan seperti pil vitamin B dan C akan membantu menseimbangkan pemakanan anda.
  • Piramid Makanan. Sentias rujuk piramid makanan semasa memilih makanan yang hendak di makan.
  • Senaman. Senaman ini penting untuk membentuk otot-otot pada badan. Jika tidak melakukan senaman dikhuatiri badan menjadi gemuk pula kerana kebanyakan cara menambah berat badan yang saya kongsi berkaitan dengan makan.
  • Untuk berjaya, anda perlulah mempunyai keinginan dan disiplin yang kuat. Kecepatan berat bertambah bergantung dengan cara bagaimana anda melakukan tips ini dan keadaan badan. Satu lagi, elakkan mengambil apa-apa ubat yang kononnya boleh membantu anda menambah berat badan dengan cepat. Takut ada kesan sampingan yang lain.

No comments: