Sunday, December 4, 2011

Dandanan Buaya

Salam 1 Malaysia.. terima kasih kerana mengikuti cerita di blog sya.. OK.. entry kali ini nk kongsi tentang  sebuah Spa Parap Day di Darwin, yang mengusahakan sebuah spa bagi pelanggannya yang bersisik.. hahaha.. bunyi mcm klakar.. tetapi mereka ini hebat kerana berani mendekati reptilia ganas ni.. jom kita tngok..
SELESA... pekerja Spa Parap Day mengerumuni ‘pelanggan’ mereka untuk sesi urutan dan merias kuku.
SELESA... pekerja Spa Parap Day mengerumuni ‘pelanggan’ mereka untuk sesi urutan dan merias kuku.
IA mungkin kelihatan seperti pekerjaan yang mudah. Pekerja di sebuah salun di Australia sedia memberikan perkhidmatan kepada ‘pelanggan bersisik’ dengan khidmat ‘bikini wax’ dan melicinkan seluruh tubuh.Dalam percubaan aneh untuk mempamerkan kemahiran kepada pelanggan baru itu, mereka menanggalkan sisik kasar di kaki buaya. Jika anda musykil sama ada reptilia mempunyai rambut, ada satu bahagian di perut buaya yang ditumbuhi rambut halus.

   


  • Foto
    BAHAYA... Louanne Grasmeder merawat buaya di Spa Parap Day di Darwin.
  • Foto
    BERSIH... merawat sisik kering pada badan buaya.

Haiwan air masin ini dipinjamkan dari pusat penyelidikan buaya di Darwin, Australia utara, khusus untuk rawatan itu. Dan apabila ia meninggalkan salun itu, rupanya lebih bersih dan ia bersedia untuk musim mengawan. Pengurus perniagaan Spa Parap Day di Darwin, Louanne Grasmeder berkata: “Musim mengawan hampir tiba dan kami mahu ia kelihatan hebat.

“Pada musim hujan, buaya jantan sering berlawan bagi mendapatkan tempat untuk mengawan, manakala buaya betina akan menguasai kawasan.” Pekerja spa, Jamillah Allen berkata: “Ia latihan baik untuk kami di sini.”

1 comment:

Anonymous said...

so cool n interesting