Monday, January 30, 2012

Keunikan Taman Negara Teluk Bahang

Salam 1 Malaysia.. cuti-cuti di ujung minggu perlu dimanfaatkan dengan sabaik mungkin.. kerana itu lah masa yang paling sesuai untuk kita bersantai dan berehat.. entry kali ini nak kongsi serba sedikit mengenai sebuah destinasi menarik yang sesuai untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.. kali ni aku akan bawak korang ke satu tempat yang disebut-sebut sekarang di "Teluk Bahang Pulau Pinang"





ini ialah pintu masuk taman negara Teluk Bahang.. taman negara ni adalah sebuah taman negara yang terkecil di Malaysia yang terletak di Pulau Pinang.. Taman negara ini mempunyai kedudukan yang strategik dimana tempatnya yang mempunyai pelbagai kemudahan pengangkutan untuk sampai ke taman tersebut. Di samping itu, taman negara ini juga mempunyai habitat flora dan fauna yang indah.. 



jom kita meninjau permandangan di dalam hutan simpan Taman Negara Teluk Bahang ini..






suasana yang tenang seperti di pantai miyami :D hehehe.. angin bertiup sempoi2 bahasa..




ehh. ade buai kat sini.. >.< 


Dalam perjalan di dalam taman negara Teluk Bahang kami singgah berhenti di satu wakaf yang ada di situ untuk berehat dan bersembang bersama pengusaha homestay di teluk bahang ini.



tempat yang sangat bersih, sejuk dan cantik.. hutan ni dijaga pada setiap minggu untuk memberikan kepuasan kepada pengunjung yang datang sini sama ada dalam atau laur negara.. semasa berahat di wakaf tersebut aku tertarik dengan tong sampah yang di inovasikan.. tengok dalam gambar tu.. menarik sebab apa tong sampah itu di tutup rapat dan mempunyai serombong di atasnya??? menurut En. Aziz (pengusaha homestay teluk bahang) ianya bagi mengelakkan dari haiwan di pesekitaran untuk membuat kotor di kawasan itu dan satu lagi masyarakat kita suka membuang sampah di tepi-tepi tong bukan di dalam tong sebab malas nk membuka penutup tong tersebut...


kalau datang ke taman negara teluk bahang ni jangan risau tentang tempat penginapan kerana kat sekitar taman negara ni banyak tempat yang boleh kita menginap antaranya ialah Homestay di teluk bahang ni.. Homestay nya telah di iktiraf oleh Kementerian pelancongan Malaysia.. Homestay kat sini mmg best sebabnya aku pernah rasai menginap di salah sebah homestay di sini.. Konsep yang diketengahkan oleh Homestay ini adalah menepati ciri2 Homestay di Malaysia.. Dimana pengunjung yang menginap di Homestay ini akan tinggal bersama ahli kerluarga rumah tersebut dan menyelami budaya yang ada di situ.. 


Ini adalah gambar Homestay Teluk Bahang.. susana kampung, pelancong dalam dan luar boleh merasai keunikan di Malaysia contoh makan buah-buahan tempatan, tanaman dan penternakan. pemilik homestay di sini juga mempunyai tarikan yang tersendiri.. dimana setiap pemilik homestay nya mengusahakan pelbagai bidang IKS antaranya penghasilan batik, mandi herba, kuda pantai serta pengusaha restoran dan juga nasi lemak.


ini adalah gambar pokok herba yang di tanam disekeliling rumah salah seorang pengusaha Homestay disini.. pokok2 yang ditanam disini diambil dari hutan dan ada yang dibeli.. pokok herba ini akan diproses untuk dijadikan bahan untuk mandi wap dan kapsul herba..


Pejabat Taman Negara Teluk Bahang ini mempunyai muzium yang oleh dilawati secara percuma  tanpa dikenkan bayaran.. waktu operasi dibuka dari jam 10.00 pg - 5.00 ptg.. terdapat pelbagai model dan sejarah mengenai Taman Neagara tersebut.. di sini ada gambar yang boleh dikongsi.. 



sesudah meninjau ke dalam hutan simpan dan juga muzium di sini... skarang mari kita melawat ke satu lagi tarikan yang terdapat di Teluk Bahang ini.. iaitu Jetty Teluk Bahang.. tengok gambar yang disediakan.



Gambar tersebut menunjukan sebuah jetty yang dibina menggunakan kayu.. usia jetty ni telah menjangkau 100 tahun.. dan ianya masih kukuh dan masih digunakan lagi oleh para nelayan di situ.. aku sendiri telah merasai berjalan atas jetty tersebut,, memang gayat.. tetapi best...




Di jetty Teluk Bahang ini terdapat 3 jetty yang di khusus untuk nelayan yang enangkap ikan di kawsan itu.. antaranya jambatan yang di bina dengan menggunakan kayu, konkrik dan juga jetty yang terbaru untuk pelancong untuk perkhidmatan island hopping.





 jetty ini pulak adalah jetty yang di gunakan untuk island hopping.. pengunjung akan menaiki bot dari jetty ini.. pengungjung akan dibawa ke pulau-pulau yang ada di sekitar taman negara ini.. pengunjung akan menikmati keindahan pantai disitu dan dapat melihat poko-pokok dan batu-batu disekitar situ.. seperti gambar di bawah..


Gamabr yang sebelah kanan merupakan batu yang berbentuk seperti buaya manakala sebelah kiri pula batu berbentuk seperti arnab.. memamng best!.. 



bot yang membawa pengunjung kesana kemari.. untuk melihat pulau-pulau di Teluk Bahang.. 



Kalau datang ke Teluk Bahang nanti jagan lupa untuk mencanting batik.. di Teluk Bahang ini juga terkenal dengan batik.. Aku dah cuba canting batik sendiri..lihat sajalah.. itu lah hasilnya.. agak susah sebenarnya untuk mencanting ni.. bukan kerja mudah.. orang yang mencating batik ni perlu minat dan kesabaran yang tinggi.. melukis batik perlu ada idea seni yang sangat keratif... klu tidak batik yang akan dihasilkan tidak menarik.. 


Empangan Teluk Bahang merupakan satu empangan air untuk Teluk Bahang. Empangan Teluk Bahang merupakan salah satu tempat untuk beriadah yang sesuai untuk pelancong yang hadir. waktu melawat diempangan ini adalah dari 7.00 pagi hingga 7.00 ptg sahaja dan tiada bayaran masuk dikenakan. Melalui empangan ini kita dapat melihat pemandangan yang cantik dan berbukit bukau. Terdapat juga pondok untuk beristirehat bagi pelancong yang hendak berehat. 




Sebelum pulang.. aku ternampak satu sigboard iklan yang tertulis Kesian Homestay.. nama Homestay yang agak sadih di dengar.. rase macam nk pergi menginap jer di situ.. kalau korang pergi ke Teluk Bahang ni menginaplah di Homestay ni.. Kesian... Sampai disini saja entry untuk kali ini.. jumpe lagi di entry akan datang dengan tempat yang lebih menarik.. daa~

No comments: