Wednesday, February 1, 2012

Tip Menjaga Pakaian

Salam.. Setiap hari kita memerlukan pakaian.. kalau taida pakaian pasti hidup tidak lengkap.. pakaian kita perlu dijaga supaya ianya bersih dan dapat menghindar kita daripada pelbagai penyakit.. islam ada mengatakan bahawa "kebersihan itu separuh daripada iman"..Pasti anda mahu melihat pakaian anda sentiasa terjaga rapi walaupun sudah berkali-kali dipakai. Ada beberpa langkah untuk mempastikan pakaian anda sentiasa kelihatan baru.


1) Jangan Suka Melonggok Baju Kotor

Elakkan menyimpan baju kotor terlalu lama. Tabiat suka melonggok baju kotor terlalu lama boleh menyebabkan baju anda ditumbuhi bintik-bintik atau kulat.

2) Ikut Arahan Cucian

Pasti anda pernah melihat pada baju anda ada disertakan arahan ringkas cara-cara mencucinya. Sebaiknya ikutlah arahan ringkas itu. Ini membantu anda memastikan baju anda sentiasa kelihatan cantik dan baru.

3) Gunakan Pelembut

Ada yang beranggapan pelembut kain tidak begitu penting. Pelembut menjadikan baju anda sentiasa wangi dan mampu membuat serat-serat benang baju yang kusut semasa proses pencucian menjadi lurus semula selepas dicuci.

4) Simpan Dalam Almari Yang Sesuai

Almari terbaik untuk menyimpan baju adalah almari kayu dan mempunyai tempat udara yang sesuai. setelah diseterika simpanlah baju anda dengan elok di dalam almari tersebut.

No comments: