Sunday, January 15, 2012

Menghidari Keletihan Ketika Bekerja

Salam 1 Malaysia.. Lama da x pdate ni.. kali ni bru ade mase nk update :D.. Ok entry kali ni pasal tips untuk menghindari keletihan ketika bekerja.. Untuk mehilangkan rasa letih ketika bekerja, beberapa petua boleh dicuba, antaranya :



1. Bersantai sejenak
Gunakan waktu rehat untuk bersantai. tarik nafas dalam-dalam beberapa saat. ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan bekerja, jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang legar. elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

2. Nikmati humor dan ketawa
Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun. humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. anda akan lebih mudah mengendalikan  pekerjaan dengan senyuman daripada terus muram.

3. Bekerja sacara sistematik
Buat skala dan jadual keutamaan pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. ini akan membuatkan kita tidak terburu-buru membuat kerja.

4. Rehat dan minum 
Banyak minum air mineral, air putih yang menyegarkan dan melancarkan metabolisme dalam badan.

5. Lakukan aktiviti fizikal
Untuk mengendurkan otot lakukan gerakan badan atau senaman ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Apabila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, gunakan tangga daripada lif. jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk bersolat.

4 comments:

sabree hussin said...

aku tengok cara boss aku buat kerja, untuk elak letih.. dia suruh orang lain buat kerja dia

SuhaZainul said...

hahaha.. itu bkn elak letih.. itu bala name nyer..

Ckin Kembaq said...

boleh guna ni..hehe insyaAllah..

p/s; singgah ziarah.. ^_^

SuhaZainul said...

silakan ckin kembaq.. GD LUCK