Wednesday, February 29, 2012

Warna Mampu Selesaikan Masalah Kesihatan

Salam 1 Malaysia.. Dalam kehidupan kita seharian perlu diceriakan dengan warna - warni untuk mendapatkan perjalanan hidup yang harmoni.. topik entry kali ini aku nak kongsi ngan korang semua tentang "warna mampu menyelesaikan masalah kesihatan" ianya dapat menyelesaikan masalah seperti sakit kepala, tekanan dan insomnia, selain menceriakan mood dan melenyapkan keletihan pada badan kita ini. jom kita selongkar rahsia tersebut..



WARNA MERAH
Warna merah - mampu menghilangkan masalah sakit kepala  kita. Jika anda sakit kepala, letakkan tuala lempab yang berwarna merah di atas mata anda. Ini akan meningkatkan peredaran adrenalin anda.

WARNA BIRU
Warna Biru - warna ini pula mampu mengurangkan tekanan sewaktu berada di tempat kerja. Warna biru ini mampu merangsang suasana tenang dan dapat mengurangkan tekanan darah kita.

WARNA MERAH JAMBU
Warna Merah Jambu - warna ini dikatakan mampu mengelakkan kita dari penyakit insomnia. Jika anda mengalami masalah tidur pada malam, cuba hias bilik tidur anda dengan warna merah jambu. warna ini juga mampu mewujudkan suasana yang santai dan juga selesa.

WARNA JINGGA
Warna jingga - warna ini mampu menceriakan mood anda. disamping itu warna ini juga memberi semangat sewaktu melaksanakan kerja.

WARNA HIJAU
Warna hijau - warna hijau ini dikatakan mampu melenyapkan keletihan atau kepenatan. warna ini mempunyai kesan positif kepada sistem imunisasi dan dapat menggalakkan susasana harmoni di dalam badan.

Tuesday, February 28, 2012

Resipi Apam Polkadot Sedap

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. cuti mid sem aq da berlalu.. aktiviti hanya duk umah jer buat kerja-kerja mcm surirumah tangga.. tapi best juga.. macam-macam aku dapat belajar.. ok! entry kali ni aku nak kongsi skit cite time aq cuti mid sem ari tu.. aq dan kakak aq cuba membuat Apam Polkadot ni.. sbb nampak menarik dan cantik.. dan hasilnya boleh tengok gambar yang disediakan beserta resipi yang digunakan...


Proses memasukkan doh ke dalam acuan dan mencorakkan Apam polkadot tersebut mengikut citarasa sendiri.. hahaha..

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga     kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Tips tambahan untuk buat apam polkadots.
1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). so cara untuk keraskan filling ialah first panaskn butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..
2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Kukus apam dengan api sederhana. kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.
4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
5. selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.


corak macam ni pun boleh!! Ladybird n lebah =)

Apam polkadot yang sudah siap.. Cantek kan..

Friday, February 24, 2012

5 kenikmatan Yang Sering Kita Lupakan

Salam Jumaat.. Allah memberikan kita nikmat begitu banyak, tapi apakah kita pernah berfikir tentang kenikmatan itu? atau bahkan pernahkah kita mensyukurinya? banyak kenikmatan dan anugerah yang diberikan oleh Allah kepada umatnya. Allah SWT yang kita lalaikan, maka wajar apabila kenikmatan tersebut dicabut oleh-nya, dalam salah satu ayat Al-quran Allah berfirman " jika kamu menghitung hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menetukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. di dalam ayat lain Allah juga berfirman "Barangsiapa yang bersyukur atas nikmat yang ku berikan nescaya Aku tambah nikmat yang kuberikan kepadamu, dan barangsiapa yang kufur terhadap nikmat yang ku berikan sesungguhnya siksaanku amatlah pedih" lalu apa saja sebagian nikmat Allah yang kita lupakan ?


1) Iman Dan Islam
Kenikmatan yang paling besar adalah kenikmatan Iman dan Islam, kita hendaklah sangat bersyukur dengan kenikmatan ini kerana dengan Iman dan Islam kita akan selamat dunia Akhirat.

2) Sehat
Didunia ini kita bisa melakukan apapun yang kita mau tentunya dengan kondisi yang sehat, apabila kita sakit, jangankan melakukan hal hal yang kita sukai makanpun kita sangat malas tentunya, banyak orang yang tidak versyukur dengan kondisi kesehatanya apabila sudah terkena penyakit maka kita baru akan merasakan betapa nikmatnya sehat itu.

3) Kekayaan
Tidak sedikit orang pun yang jika sudah lupa akan segalanya termasuk lupa dengan Allah Maha Pencita. Pada hakikatnya kekayaan yang kita kecapi adalah titipan daripada allah  SWT, maka sepatutnya kita bersyukur terhadap apa yang kita perolehi. Jikalau kita jatuh miskin pastilah baru merasakan bertapa nikmatnya kekayaan yang kita kecapi sebelum ini.

4) Normal
Apakah anda semua pernah membayangkan bagaimana menderitanya orang yang tidak normal atau cacat? apakah sentiasa kita bersyukur dengan keadaan kita? banyak orang yang tidak mensyukuri keadaan yang telah didapatkanya sekarang, padahal apabila kita memperhatikan orang yang tidak normal atau cacat pastilah kita akan merasakan sangat kasihan kepadanya.

5) Hidup
Hidup adalah salah satu kenikmatan yang amat besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita, apakah anda pernah membayangkan jika kamu semua tidak diberi kesempatan untuk hidup? sepatutnya kita sangat bersyukur terhadap nikmat hidup yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.

Monday, February 20, 2012

RTC Gopeng & Perhimpunan Rakyat

Salam 1 Malaysia. bertemu kembali.. Pada hari Sabtu 18 feb telah berlangsungnya satu program yang besar iaitu hari Perhimpunan Rakyat di Bandar Seberang Perak dan pelancaran rTc Gopeng Ipoh Perak..Program tersebur dirasmikan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu "Rural Transformation Centre" RTC Gopeng. program tersebut bertujuan untuk membantu usahawan industri kecil dan sederhana di Malaysia. ianya juga membantu meningkatkan pendapatan Bumi Putera.Terdapat pelbagai aktivi yang di jalankan di situ antaranya gerai jualan IKS, pameran dari angkatan tentera Malaysia Polis & askar, dan persembahan artis.. program berlangsung selama 4 hari bermula pada 16 feb hingga 19 feb.. Jom tengok gambar di sekitar program tersebut.











Di RTC ini menyediakan pelbagai kemudahan sosio ekonomi termasuk penyediaan latihan, kemahiran dalam bidang agrobisnes, pertanian dan perniagaan, kemudahan mikro kredit, perbankan dan penempatan agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Pada seblah malamnya pula program diteruskan lagi dengan Majlis Perhimpunan Rakyat di Bandar Baru Seberang Perak. Pada Perhimpunan tersebut DS berkata "selain memberi tumpuan kepada kemudahan asas untuk penduduk luar bandar, idea dan sumbangan bernas bagi pembaharuan di kawasan berkenaan turut diperlukan bagi memastikan kejayaan usaha transformasi kerajaan." Pelbagai aktiviti berlangsung di situ selama 2 hari. Jom tengok gambar sekitar Majlis tersebut..









 program berjalan dengan lancar.. setiap program besar2 memamg tidak elak dari berlakunya kesesakkan lalu lintas..sume nyer berjalan lancar.. best.. sampai sini saja entry untuk kali ini.. daa~

Friday, February 17, 2012

Rahsia Memudahkan Rezeki


1. Istighfar paling kurang 100 kali dan jika banyak masalah bacalah 1000 kali sehari atau lebih pun tidak mengapa, Insya-Allah akan terbuka jalan penyelesaian kepada masalah itu. Istighfar membuka segala simpulan. Apa saja yang berlaku di dalam hidup kita, kunci masalah adalah di dalam hidup kita. kitalah puncanya, Tuhan tidak menzalimi kita sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri. Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa hanya ada dia. Bila ada di dalam hidup ini maka semua masalah akan tidak ada apa-apa. Hanya dia yang mengaturkan semua masalah. Serahkan kepada Allah semuanya. Buat secara istiqamah.

2. Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk dipermudahkan. Buat selawat selama 10 hari sebanyak 1000 kali sehari. Dengan niat khusus. Tapi jangan lupa solat fardu.

3. Buat solat taubat bermula daripada titik untuk berubah buat setiap malam. kemudian buat solat tahajud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan.

4. Buat solat duha jangan putus. Solat duha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang, tapi jangan buat untuk dapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah. kunci dunia ini adalah kasih sayang jika ada kasih sayang yang baik dari Allah maka Allah akan beri apa saja yang kamu mahu.

5. Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja di dalam hidup kita walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita. Buatlah apa saja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita. orang yang berjaya adalah orang  yang menyayangi ibu bapa mereka.


Wednesday, February 15, 2012

Kebaikkan & Keburukkan Menggunakan "Tablet PC"

Salam 1 Malaysia, akibat daripada kemajuan teknologi yang sangat cepat telefon bimbit telah di inovasikan dengan pelbagai bentuk, aplikasi dan macam - macam lagi. salah satu nya ialah gajet yang terbaru iaitu Tablet PC. entry kali ini nak berkongsi sedikit mengenai "kebaikkan & keburukkan menggunakan Tablet PC" jom!!



KEBAIKAAN
  • Selesa digunakan disebabkan saiznya yang kecil dan mudah alih, anda boleh menggunakan tablet ketika berdiri mahupun ketika anda berada diruang kecil.
  • Bersifat personal luahkan perasaan anda dengan tulisan tangan sendiri. peribadikan mesej kepada rakan, keluarga, dan rakan sekerja walaupun mereka tidak mempunyai Tablet PC. Dengan Microoft Office Outlook 2003 dan MSN Messenger, anda boleh menghantar nota tulisan tangan mahupun lukisan.
  • Kecekapan mencatat, di kelas mahupun di dalam bilik mesyuarat. Mudah untuk anda mencatatkan apa sahaja nota atau rumus di samping menyusun atur semula nota tersebut dengan mudah.
  • Ketahanan bateri lebih lama dari laptop mahupun notebook.
  • Perisisan yang menarik dan pelbagai pilihan, terdapat hampir beratus perisian untuk pelbagai guna.
  • Kemudahan akses Internet dengan laju.

KEBURUKAN
  • Harga yang melampau.
  • Risiko kerosakan skrin sentuh.
  • Tidak disertakan sekali pemain optical (CD atau DVD)
  • Input, akibat kebiasaan menaip menggunakan papan kekunci, menaip papan kekunci virtual tidak memadai.
  • Kesulitan mencetak, perlukan aplikasi daripada pihak ketiga.

Picture kat bawah  ni kebaikkan & keburukan memiliki Ipad =)
hahahah..

Monday, February 13, 2012

Cara Mengatasi Penyakit Batu Karang

Salam 1 Malaysia.. terdapat pelbagai penyakit yang boleh hinggap di badan kita sekiranya kita tidak menjaga kesihatan dengan sebaiknya.. entry kali ni nk berkongsi sedikit tetang bagaimana hendak mengatasi penyakit batu karang..Banyak faedahnya apabila kita sanggup berpantang dalam soal makan dan minum. Pastinya kesihatan kita akan lebih terjamin. Bagi mereka yang mengalami masalah batu karang, ikuti petua berikut :


1) Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing

2) Elakkan minum an yang manis terutama minumam berkarbonat.


3) kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, makanan berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang dapat membantu mengurangkan masalah ini.

4) Elakkan makanan yang kaya asid oksalk seperti tomato, bayam, lobak merah, danging, strawberi, koko, coklat dan teh.

5) Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

6) Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan berserat.
7) Kurangkan sumber protein haiwan, sebaiknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

8) Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Saturday, February 11, 2012

Janda Patahkan 4 Kaki Bayi

Seorang wanita yang mematahkan kaki empat bayi kerana cemburu terhadap kegembiraan ibu mangsa, dipenjara empat setengah tahun, lapor media semalam.

Menurut laporan disiarkan Jiji Press, Yuko Soutome mencari mangsa terdiri daripada wanita yang membawa anak mereka di pasar raya atau kedai menjual barangan bayi.

Agensi berita itu menyatakan, mahkamah di Utsunomia di utara Tokyo diberitahu, dalam empat kejadian berasingan, Yuko, 30, berpura-pura meminta kebenaran kepada wanita terbabit untuk mendukung anak mereka.

Ketika mendukung itulah Yuko mematahkan kayi bayi terbabit.

Laporan Jiji Press menyatakan, janda itu terdorong melakukan kezaliman berkenaan selepas berasa sakit hati apabila melihat wanita lain yang hidup lebih gembira berbanding dirinya.

Sunday, February 5, 2012

Mitos Rambut

Salam pembaca setia.. sebelum kita melakukan kerja berat.. relax dulu dengan entry terbaru aku ni. mengenai mitos rambut.. apa yang dikatakan  dengan mitos rambut ini?? jom bace mitos dibawah ni dan merungkai fakta yang disediakan.


Mitos 1
memotong rambut secara berkala akan mempercepatkan pertumbuhannya.
Fakta
rambut tumbuh 1.27 cm setiap bulan, sama ada dipotong atau tidak, demikian menurut john barrett, pemilik john barrett salon di new york city. namun rambut memang tumbuh lebih cepat pada musim panas.


Mitos 2
tekanan membuat rambut gugur.
Fakta
meskipun rambut gugur sepanjang waktu, sekitar 50-120 helai sehari, mungkin helai sehari, mungkin helaian yang  gugur menjadi lebih banyak ketika anda tertekan.


Mistos 3
berganti syampu boleh menyebabkan rambut kusam.
Fakta
nampaknya begitu, tetapi tidak. rambut tidak akan hilang sinarnya sekiranya anda bertukar syampu.


Mitos 4
anda tidak boleh meluruskan rambut.
Fakta
lima minit menggunakan pengulung besar yang panas akan mmbuat rambut lebih lurus berkilau.


Mitos 5
untuk mendapatkan rambut bersih, ramas, bilas dan ulang berkali-kali
Fakta
cukup meramas dan membilas sekali sahaja, tidak perlu diulang


Mitos 6
mencuci rambut dengan air sejuk setelah bersyampu membuat rambut lebih bersinar.
Fakta
mengunakan berliter-liter air sejuk tidak akan menambah kilauan pada rambut anda.


Mitos 7
mewarnakan rambut akan menyebabkan kerosakan.
Fakta
produk perwanaan cukup lembut dan tidak akan merosakkan rambut. ada produk ditambah pelembap yang membuat rambut senang di bentuk.


Mitos 8
rambut bercabang boleh diatasi dengan produk sesuai.
Fakta
sekali bercabang, rambut akan tetap begitu, kecuali jika anda memotongnya.


Mitos 9
anda harus menyikat rambut 100 kali setiap hari
Fakta
sikat rambut ketika anda berhias sahaja. ini kerana berulang kali menyikat rambut akan melemahkan helaian dan folikel rambut.

Friday, February 3, 2012

5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini

Salam Jumaat.. berjumpa lagi kita dalam labels Renungan Bersama..Jom tengok 5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini, Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.Tetapi kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita yang terpesong dalam zaman moden ni.

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah demdam "neraka" depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa bejalan atau lebih baik tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditabah pula dengan kulit yang x berapa licim dan berparut! Ewwww... simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.


2. Tudung Nampak Bayang Rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku x faham. bertudung tetapi rabut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni : 8 jenis fesyen tudung pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.


4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.


5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Kesimpulan

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan dan isteri. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus. Baca ni: Empat Golong Lelaki yang Dibawa Wanita Ke Neraka. Share tulisan entri ni dengan orang yang korang sayang. Semoga bermanfaat untuk semua. Wallahualam.


(Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)

Wednesday, February 1, 2012

Tip Menjaga Pakaian

Salam.. Setiap hari kita memerlukan pakaian.. kalau taida pakaian pasti hidup tidak lengkap.. pakaian kita perlu dijaga supaya ianya bersih dan dapat menghindar kita daripada pelbagai penyakit.. islam ada mengatakan bahawa "kebersihan itu separuh daripada iman"..Pasti anda mahu melihat pakaian anda sentiasa terjaga rapi walaupun sudah berkali-kali dipakai. Ada beberpa langkah untuk mempastikan pakaian anda sentiasa kelihatan baru.


1) Jangan Suka Melonggok Baju Kotor

Elakkan menyimpan baju kotor terlalu lama. Tabiat suka melonggok baju kotor terlalu lama boleh menyebabkan baju anda ditumbuhi bintik-bintik atau kulat.

2) Ikut Arahan Cucian

Pasti anda pernah melihat pada baju anda ada disertakan arahan ringkas cara-cara mencucinya. Sebaiknya ikutlah arahan ringkas itu. Ini membantu anda memastikan baju anda sentiasa kelihatan cantik dan baru.

3) Gunakan Pelembut

Ada yang beranggapan pelembut kain tidak begitu penting. Pelembut menjadikan baju anda sentiasa wangi dan mampu membuat serat-serat benang baju yang kusut semasa proses pencucian menjadi lurus semula selepas dicuci.

4) Simpan Dalam Almari Yang Sesuai

Almari terbaik untuk menyimpan baju adalah almari kayu dan mempunyai tempat udara yang sesuai. setelah diseterika simpanlah baju anda dengan elok di dalam almari tersebut.