Salam pembaca setia.. sebelum kita melakukan kerja berat.. relax dulu dengan entry terbaru aku ni. mengenai mitos rambut.. apa yang dikatakan dengan mitos rambut ini?? jom bace mitos dibawah ni dan merungkai fakta yang disediakan.
Mitos 1
memotong rambut secara berkala akan mempercepatkan pertumbuhannya.
Fakta
rambut tumbuh 1.27 cm setiap bulan, sama ada dipotong atau tidak, demikian menurut john barrett, pemilik john barrett salon di new york city. namun rambut memang tumbuh lebih cepat pada musim panas.
Mitos 2
tekanan membuat rambut gugur.
Fakta
meskipun rambut gugur sepanjang waktu, sekitar 50-120 helai sehari, mungkin helai sehari, mungkin helaian yang gugur menjadi lebih banyak ketika anda tertekan.
Mistos 3
berganti syampu boleh menyebabkan rambut kusam.
Fakta
nampaknya begitu, tetapi tidak. rambut tidak akan hilang sinarnya sekiranya anda bertukar syampu.
Mitos 4
anda tidak boleh meluruskan rambut.
Fakta
lima minit menggunakan pengulung besar yang panas akan mmbuat rambut lebih lurus berkilau.
Mitos 5
untuk mendapatkan rambut bersih, ramas, bilas dan ulang berkali-kali
Fakta
cukup meramas dan membilas sekali sahaja, tidak perlu diulang
Mitos 6
mencuci rambut dengan air sejuk setelah bersyampu membuat rambut lebih bersinar.
Fakta
mengunakan berliter-liter air sejuk tidak akan menambah kilauan pada rambut anda.
Mitos 7
mewarnakan rambut akan menyebabkan kerosakan.
Fakta
produk perwanaan cukup lembut dan tidak akan merosakkan rambut. ada produk ditambah pelembap yang membuat rambut senang di bentuk.
Mitos 8
rambut bercabang boleh diatasi dengan produk sesuai.
Fakta
sekali bercabang, rambut akan tetap begitu, kecuali jika anda memotongnya.
Mitos 9
anda harus menyikat rambut 100 kali setiap hari
Fakta
sikat rambut ketika anda berhias sahaja. ini kerana berulang kali menyikat rambut akan melemahkan helaian dan folikel rambut.
No comments:
Post a Comment