Tuesday, February 28, 2012

Resipi Apam Polkadot Sedap

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. cuti mid sem aq da berlalu.. aktiviti hanya duk umah jer buat kerja-kerja mcm surirumah tangga.. tapi best juga.. macam-macam aku dapat belajar.. ok! entry kali ni aku nak kongsi skit cite time aq cuti mid sem ari tu.. aq dan kakak aq cuba membuat Apam Polkadot ni.. sbb nampak menarik dan cantik.. dan hasilnya boleh tengok gambar yang disediakan beserta resipi yang digunakan...


Proses memasukkan doh ke dalam acuan dan mencorakkan Apam polkadot tersebut mengikut citarasa sendiri.. hahaha..

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga     kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Tips tambahan untuk buat apam polkadots.
1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). so cara untuk keraskan filling ialah first panaskn butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..
2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Kukus apam dengan api sederhana. kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.
4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
5. selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.


corak macam ni pun boleh!! Ladybird n lebah =)

Apam polkadot yang sudah siap.. Cantek kan..

No comments: