Seorang wanita yang mematahkan kaki empat bayi kerana cemburu terhadap kegembiraan ibu mangsa, dipenjara empat setengah tahun, lapor media semalam.
Menurut laporan disiarkan Jiji Press, Yuko Soutome mencari mangsa terdiri daripada wanita yang membawa anak mereka di pasar raya atau kedai menjual barangan bayi.
Agensi berita itu menyatakan, mahkamah di Utsunomia di utara Tokyo diberitahu, dalam empat kejadian berasingan, Yuko, 30, berpura-pura meminta kebenaran kepada wanita terbabit untuk mendukung anak mereka.
Ketika mendukung itulah Yuko mematahkan kayi bayi terbabit.
Laporan Jiji Press menyatakan, janda itu terdorong melakukan kezaliman berkenaan selepas berasa sakit hati apabila melihat wanita lain yang hidup lebih gembira berbanding dirinya.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro
No comments:
Post a Comment