Friday, February 17, 2012

Rahsia Memudahkan Rezeki


1. Istighfar paling kurang 100 kali dan jika banyak masalah bacalah 1000 kali sehari atau lebih pun tidak mengapa, Insya-Allah akan terbuka jalan penyelesaian kepada masalah itu. Istighfar membuka segala simpulan. Apa saja yang berlaku di dalam hidup kita, kunci masalah adalah di dalam hidup kita. kitalah puncanya, Tuhan tidak menzalimi kita sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri. Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa hanya ada dia. Bila ada di dalam hidup ini maka semua masalah akan tidak ada apa-apa. Hanya dia yang mengaturkan semua masalah. Serahkan kepada Allah semuanya. Buat secara istiqamah.

2. Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk dipermudahkan. Buat selawat selama 10 hari sebanyak 1000 kali sehari. Dengan niat khusus. Tapi jangan lupa solat fardu.

3. Buat solat taubat bermula daripada titik untuk berubah buat setiap malam. kemudian buat solat tahajud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan.

4. Buat solat duha jangan putus. Solat duha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang, tapi jangan buat untuk dapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah. kunci dunia ini adalah kasih sayang jika ada kasih sayang yang baik dari Allah maka Allah akan beri apa saja yang kamu mahu.

5. Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja di dalam hidup kita walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita. Buatlah apa saja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita. orang yang berjaya adalah orang  yang menyayangi ibu bapa mereka.


No comments: