Salam 1 Malaysia.. terdapat pelbagai penyakit yang boleh hinggap di badan kita sekiranya kita tidak menjaga kesihatan dengan sebaiknya.. entry kali ni nk berkongsi sedikit tetang bagaimana hendak mengatasi penyakit batu karang..Banyak faedahnya apabila kita sanggup berpantang dalam soal makan dan minum. Pastinya kesihatan kita akan lebih terjamin. Bagi mereka yang mengalami masalah batu karang, ikuti petua berikut :
1) Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing
2) Elakkan minum an yang manis terutama minumam berkarbonat.
3) kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, makanan berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang dapat membantu mengurangkan masalah ini.
4) Elakkan makanan yang kaya asid oksalk seperti tomato, bayam, lobak merah, danging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5) Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6) Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan berserat.
7) Kurangkan sumber protein haiwan, sebaiknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
8) Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
1 comment:
Rojak suka minum kopi o
Post a Comment